Rayuan Bantuan MySTR 2024 : Permohonan Baru Kini Dibuka

Rayuan Bantuan MySTR 2024 :Permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kini dibuka bagi mereka yang tidak lulus dalam permohonan awal. Anda boleh membuat rayuan anda mulai 29 Januari 2024 dengan mengisi borang yang disediakan.

Bagi memastikan mereka yang layak mendapat Bantuan Rahmah, mereka perlu mengemukakan dokumen-dokumen tertentu semula. Ini adalah langkah yang diperlukan bagi mengesahkan kelayakan mereka untuk menerima bantuan ini.

Ia juga sebagai langkah bagi memastikan program rayuan MySTR 2024 ini disasarkan kepada mereka yang layak.

Tarikh Rayuan Bantuan MySTR 2024

Melalui Soalan Lazim (FAQ) di portal MySTR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan, permohonan rayuan boleh dibuat bermula 29 Januari 2024.

Untuk memastikan bahawa program STR hanya diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat, ia memerlukan proses penilaian yang teliti.

Ini adalah proses untuk meneliti semula permohonan yang gagal mendapat kelulusan, dengan memberi peluang untuk membawa rayuan bersama dokumen sokongan untuk dikaji semula oleh LHDNM.

Rayuan Bantuan MySTR 2024

Baca Juga:

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan Bantuan MySTR 2024?

Berikut adalah merupakan senarai pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Maksud Status “Tidak Lulus” STR 2024?

Permohonan STR yang tidak memenuhi kriteria kelayakan selepas proses verifikasi semakan dijalankan akan diberi status Tidak Lulus.

Anda boleh memohon semakan semula (Rayuan) jika status anda ialah “TIDAK LULUS” dalam STR 2024. Permohonan ini perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang sesuai dengan Alasan Tidak Lulus anda.

Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) Bantuan MySTR 2024:

Rayuan Bantuan MySTR 2024

Cara Membuat Rayuan STR Secara Online

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Untuk membuat Rayuan STR secara dalam talian, anda perlu Log Masuk ke MySTR dan pilih menu Permohonan Rayuan.
  • Untuk mengakses MySTR, anda perlu memasukkan ID dan Kata Laluan yang sah yang telah anda daftarkan terlebih dahulu.
  • Untuk mendaftar MySTR, sila ikuti langkah-langkah yang terdapat di Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR di laman web rasmi STR. Ini adalah kaedah yang disyorkan untuk mendapatkan akses ke MySTR secara mudah dan cepat.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan

Anda perlu menyediakan dokumen sokongan tertentu untuk rayuan ini, bergantung kepada sebab anda tidak lulus Permohonan STR 2024. Sila rujuk kod tidak lulus anda dan semak dokumen yang diperlukan.

Anda perlu menyediakan dokumen sokongan yang sesuai dengan Alasan Tidak Lulus yang diberikan oleh STR 2024. Sila lihat Soalan 66 ​​(FAQ Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024) untuk mengetahui dokumen apa yang diperlukan untuk setiap Alasan Tidak Lulus.

Berikut adalah antara contoh dokumen yang diperlukan adalah seperti;

  • MyKad pemohon atau pasangan,
  • MyKad atau MyKid anak,
  • Sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan),
  • Dokumen pengenalan pasangan,
  • Dan lain-lain lagi mengikut alasan tidak lulus masing-masing

Bila Boleh Diketahui Status Kelulusan Rayuan?

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan, status kelulusan akan dimaklumkan selepas ini oleh Kementerian Kewangan.

Maklumat Lanjut

Saluran-saluran berikut boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan STR, seperti menyemak status permohonan, mengetahui perkembangan terkini, membuat pertanyaan atau aduan:

  • Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  • Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  • Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Ikuti Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan :