MyKasih Bujang 2024 : Bantuan Tambahan Sebanyak RM600

MyKasih Bujang 2024 adalah merupakan bantuan untuk golongan bujang yang berstatus miskin dan miskin tegar serta layak menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih 2024.

Bantuan ini tidak akan diberikan secara tunai dan ia akan disalurkan melalui MyKad.

Penerima MyKasih Bujang 2024 yang layak akan menerima elaun setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan asas di rangkaian runcit (pasaraya/kedai) yang terpilih.

MyKasih Bujang 2024

Untuk makluman, program MyKasih Bujang 2024 atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada para penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin dan miskin tegar.

Pelaksanaan bantuan ini telah ditambah baik bagi memenuhi segala keperluan barangan asas bermula Januari – Disember 2024 dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Syarat Kelayakan Penerima MyKasih Bujang 2024

Golongan bujang yang layak untuk menerima SARA (MyKasih) adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini termasuklah:

  • Merupakan Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah dan Jadual Bayaran

Setiap penerima Bujang yang dikenal pasti layak SARA, akan menerima sumbangan berjumlah RM600.

Elaun bulanan RM50 akan diberikan kepada Bujang selama setahun. Mereka boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang asas terpilih.

Penerima akan mendapat pembayaran pertama pada 22 Januari 2024. Selepas itu, pembayaran akan dimasukkan ke akaun MyKad penerima pada setiap 1 hari bulan mengikut jadual berikut:

MyKasih Bujang 2024

Baca Juga:

Cara Memohon MyKasih Bujang 2024

Kami ingin memaklumkan bahawa anda tidak perlu memohon Kelayakan SARA kerana ia diberikan secara automatik kepada mereka yang tergolong dalam kategori Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 dan yang telah lulus STR 2024 sahaja.

Semakan Sumbangan Asas Rahmah: Cara dan Kaedah

Anda boleh menggunakan salah satu daripada 5 kaedah berikut untuk memeriksa kelayakan anda untuk mendapatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), yang merupakan bantuan keperluan asas. Kaedah-kaedah ini adalah:

  • Semakan melalui Portal MySTR
  • Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  • Surat Pemakluman
  • Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  • Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Status dan jumlah bayaran untuk penerima yang layak boleh dilihat dalam MySTR masing-masing. seperti yang berikut:

MyKasih Bujang 2024

Semakan Melalui Portal MyKasih Bujang 2024

Untuk membuat semakan secara online, golongan bujang boleh mengakses portal MyKasih dengan langkah-langkah seperti di bawah:

Maklumat berikut akan dikandungi dalam status yang diberikan kepada penerima yang layak;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

MyKasih Bujang 2024

Surat Pemakluman

Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)

  • Anda yang layak sebagai Penerima SARA (kategori Bujang) akan mendapat SMS atau WhatsApp daripada MyKasih yang mengesahkan status anda di bawah program ini. Anda juga akan diberitahu tarikh dan masa untuk menghadiri sesi orientasi di kedai runcit berdekatan.
  • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  • Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

Semakan Kelayakan SARA

  • Hubungi HASiL: 1-800-88-2747 (waktu perniagaan: 9:00 a.m. – 5:00 p.m.); Ataupun
  • Hubungi Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 4566 (waktu buka: 9:00 – 17:00)
  • Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia
  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu buka: 9:00 – 17:00