MySTR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

MySTR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) akan diagihkan kepada penerima bermula April 2024, menurut arahan daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024, individu yang layak perlu berdaftar terlebih dahulu. Pada tahun ini, bilangan pendaftar telah mencapai 8.2 juta orang.

Angka ini dijangka meningkat kepada kira-kira 9 juta untuk tahun ini kerana permohonan baharu dan kemas kini boleh dibuat sepanjang tahun, tidak seperti sebelum ini yang hanya dibuka sekali setahun.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.

MySTR Fasa 2
STR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Skim-skim bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri sebelum ini. Skim-skim ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas oleh keadaan ekonomi dan sosial.

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengisytiharkan bahawa bantuan yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan diberi nama baru iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Untuk membantu golongan B40, kerajaan telah melancarkan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini akan memberikan sumbangan tunai sehingga RM3,100 kepada penerima yang layak.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran MySTR Fasa 2

MySTR Fasa 2
STR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Untuk Fasa 2 STR, bayaran akan bermula pada bulan April 2024. Ini adalah tarikh sementara dan akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan menerima bayaran mereka pada awal bulan April. Beliau berkata, bayaran itu akan dibuat dua minggu lebih awal daripada Hari Raya Aidilfitri sebagai bantuan kepada rakyat.

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

LHDN telah mengumumkan bahawa penerima Fasa 2 adalah mereka yang menerima Fasa 1 dan telah disahkan tidak meninggal dunia atau pasangannya tidak meninggal dunia sehingga 28 Februari.

Untuk penerima STR yang bukan termasuk dalam Fasa 1 dan Fasa 2, permohonan baharu dan kemaskini boleh dibuat. Namun, bayaran hanya akan dibuat pada Fasa 3 sekiranya mereka memenuhi syarat untuk menerima STR.

STR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran 11

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Berikut adalah merupakan kadar bayaran STR Fasa 2 bagi tahun 2024:

STR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

STR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Kaedah Pembayaran STR Fasa 2

Berikut adalah merupakan kaedah pembayaran STR:

  • Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Cara Semakan MySTR Fasa 2

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan

Maklumat yang akan dipaparkan :

  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

MySTR Fasa 2
STR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Ikuti Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan :