Bayaran E-Wallet RM300 : Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah satu inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia. Salah satu cara BINGKAS membantu adalah dengan memberikan E-Wallet RM300 2024 kepada mereka yang layak.
Untuk mengurangkan beban kewangan golongan keluarga, kerajaan telah mengumumkan bantuan E-Wallet RM300 2024. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan ubat-ubatan.
Berikut kami kongsikan cara mudah untuk melakukan permohonan bantuan E-Wallet RM300 ini.
E-Wallet RM300 2024
Berikut adalah merupakan beberapa kelebihan bantuan E-Wallet RM300 untuk rakyat:
- E-Wallet boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya yang berdaftar.
- Segala urusniaga akan dilaksanakan tanpa tunai (cash)
- Had bulanan bagi pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300
- Baki nilai bantuan bagi bulan terdahulu tidak dapat di bawa ke bulan hadapan.
- Bantuan E-Wallet (BINGKAS) bakal ditambah nilai sehingga RM300 setiap bulan secara automatik.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tahun 2024
- Bantuan e-Tunai RM300 : Dibuka Sepanjang Tahun 2024
Syarat Kelayakan Bayaran E-Wallet RM300 2024
Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah lahir di negeri Selangor ataupun menetap di negeri Selangor melebihi dari tempoh 10 tahun.
- Merupakan seorang pemilih yang berdaftar di negeri Selangor
- Mestilah keluarga yang mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah.
- Jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Kini anda boleh melakukan pendaftaran BINGKAS secara online sahaja melalui https://bingkasselangor.com/log-masuk
Dokumen Sokongan Permohonan
Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh semua pemohon dengan lengkap:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid ataupun Surat Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Kad OKU/Pengesahan Melanjutkan Pelajaran daripada IPTA atau IPTS (Anak/Tanggungan)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (Bagi para pekerja swasta)
- Salinan Sijil Kematian/Penceraian/Laporan Polis (Bagi Ibu/Bapa Tunggal)
- Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini (Untuk para penjawat awam/golongan pesara)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/Ahli Majlis/Penghulu/Ketua Kampung (bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja)
Maklumat Lanjut Bayaran E-Wallet RM300 2024
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh layari https://bingkasselangor.com/manfaat