Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada murid tahun 1 akan disalurkan bermula 10 Mac 2024.
Untuk makluman, bayaran bantuan akan disalur melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
Dalam Belanjawan 2024, BAP mendapat peruntukan sebanyak RM788.13 juta daripada Kementerian Pendidikan. Peruntukan ini adalah khusus untuk BAP.
Berikut dikongsikan maklumat penuh berkenaan bantuan ini.
Baca Juga:
- Kilang Tayar Goodyear Shah Alam Bakal Ditutup, 550 Pekerja Terjejas
- Jawatan Kosong 2024 Jabatan Imigresen Malaysia Terbuka Mac
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024
Untuk mengurangkan kos persekolahan yang tinggi pada setiap permulaan tahun, Bantuan BAP telah dilancarkan pada tahun 2012. Bantuan ini bertujuan untuk membantu ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah dengan memberikan sumbangan kewangan.
Bagi murid yang berasal dari keluarga berpendapatan RM3,000 atau kurang, mereka layak menerima bantuan ini sebelum ini.
Bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa, Belanjawan 2023 telah mengumumkan bahawa semua pelajar akan menerima bantuan persekolahan. Skim ini tidak mengenal pasti pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan.
Kadar Bantuan
Untuk makluman, kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM150 bagi seorang murid secara ‘one-off’.
Syarat Kelayakan Bantuan BAP
- Murid Warganegara Malaysia
- Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan bagi Sesi Persekolahan 2023/2024
- Murid yang bersekolah di:
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
- Sekolah Rendah Sains MARA
- Maktab Tentera Diraja
Kaedah Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan bantuan secara berperingkat kepada:
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyak akaun KWK
Pengagihan BAP dibuat secara:
- Tunai; ATAU
- Disalurkan terus ke akaun bank murid
Tarikh Pemberian Bantuan BAP 2024
- 11 Januari 2024 – Bagi murid sedia ada
- 10 Mac 2024 – Bagi murid Tahun 1 sesi 2024/2025
Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.
Semua murid di sesetengah sekolah layak menerima pemberian ini tanpa perlu memohon. Pemberian ini juga tidak bergantung pada data pendapatan ibu bapa yang terkandung dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)
Borang-PB1-BORANG-BAP – DOWNLOAD
BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)
BAP-BORANG-PB2-BORANG-PENGESAHAN-PENDAPATAN – DOWNLOAD
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai BAP 2024 boleh rujuk melalui soalan lazim di bawah.
Soalan Lazim (FAQ)
Siapakah Murid Yang Layak Menerima BAP 2024?
Bantuan diberikan kepada murid yang mempunyai kelayakan berikut:
– Merupakan seorang murid Warganegara Malaysia
– Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan bagi Sesi Persekolahan 2023/2024
Murid yang bersekolah di:
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
- Sekolah Rendah Sains MARA
- Maktab Tentera Diraja
Bagaimanakah Bantuan BAP Disalurkan Kepada Murid?
Pihak sekolah akan membuat agihan kepada murid secara tunai atau secara kredit ke dalam akaun murid
Bilakah Bayaran BAP Akan Mula Diberikan Kepada Murid?
- 11 Januari 2024 – Bagi murid sedia ada
- 10 Mac 2024 – Bagi murid Tahun 1 sesi 2024/2025
Adakah Murid Yang Layak Perlu Mengisi Apa-Apa Dokumen Sebelum Menerima BAP?
Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen
Adakah Murid Yang Baru Mendaftat Masuk Ke Sekolah Pada Sesi Persekolahan Bulan Mac 2024 Layak Menerima BAP?
Layak sekiranya memenuhi kriteria di soalan 1
Adakah KPM Menyediakan Talian Hotline Khusus Untuk Memberikan Penjelasan Berkaitan BAP?
Untuk maklumat lanjut mengenai BAP atau Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2023 : Bantuan Awal Persekolahan, ibu bapa dinasihatkan untuk berhubung dengan sekolah anak masing-masing. Sekolah-sekolah akan memberikan penjelasan yang diperlukan kepada ibu bapa. Tiada talian hotline khusus yang disediakan oleh KPM untuk perkara ini.