Bantuan Kewangan RM1,200 Setiap Bulan Untuk Golongan Belia

Baru-baru ini pihak kerajaan telah melancarkan sebuah program untuk semua rakyat Malaysia iaitu program Bantuan Belia yang mana ianya khusus golongan para belia yang menganggur ataupun untuk mereka yang masih belum mendapatkan sebarang pekerjaan. Pelaksanaan program ini amat bersesuaian bagi membantu meningkatkan mutu serta kualiti setiap golongan belia sebelum mereka menempuh alam realiti kerjaya yang mana lebih sukar serta mencabar di samping membantu meningkatkan tahap kepercayaan kepada mereka.

Di samping itu, melalui program ini juga ianya sekaligus dapat memberikan peluang kepada golongan yang belum bekerja atau penganggur untuk mendapatkan pengalaman bekerja sebelum mereka memasuki ke alam pekerjaan yang sebenar.

Join Telegram Rasmi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut : t.me/mybernama

JUMLAH BANTUAN YANG DISALURKAN

Melalui program ini, pihak kerajaan telah menawarkan gaji beserta elaun sebanyak RM1,200 pada setiap bulan dalam tempoh masa yang tertentu. Selain itu, dalam masa yang sama juga pihak majikan turut akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan beberapa cara yang telah kami sertakan bagi tujuan memudahkan anda untuk melakukan permohonan:

  • LANGKAH 1 : Sila layari laman web rasmi PERKESO
  • LANGKAH 2 : Sila lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  • LANGKAH 3 : Kemudian, tekan butang HANTAR PERMOHONAN.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum anda melakukan sebarang permohonan:

  • Individu pemohon mestilah belum mempunyai sebarang pekerjaan atau masih menganggur.
  • Individu pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia.
  • Individu pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 30 tahun.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan program Bantuan Belia ini anda boleh melayari portal laman web rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php