Permohonan Bantuan RM480 Untuk Golongan Suri Rumah & Ibu Tunggal 2022

Terdapat berita baik buat semua golongan suri rumah kerana mereka kini boleh membuat pilihan untuk melakukan caruman KWSP dengan insentif khas di bawah program i-Suri. Program i-Suri ini adalah bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negara serta ahli keluarga.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi oleh golongan suri rumah melalui program i-Suri ini. Berikut kami kongsikan kepada anda syarat kelayakan, faedah serta bagaimana cara untuk melakukan permohonan i-Suri KWSP ini.

CARA MELAKUKAN PENDAFTARAN i-SURI KWSP

Sebarang pendaftaran boleh dilakukan dengan cara anda pergi ke cawangan KWSP yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda dan bawa bersama kad pengenalan anda serta borang permohonan yang boleh anda muat turun melalui pautan di bawah ini:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN i-SURI KWSP

Untuk makluman, berikut adalah merupakan segala syarat kelayakan permohonan i-Suri KWSP yang perlu anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:

  • Merupakan seorang warganegara Malaysia.
  • Individu adalah merupakan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Individu mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Merupakan isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
  • Individu pemohon belum mencapai umur 60 Tahun.

GOLONGAN INDIVIDU YANG BOLEH MENCARUM

  • Diri sendiri.
  • Suami kepada pasangan yang layak (isteri).

TAMBAHAN: Bagi golongan suri rumah, anda hanya dibenarkan untuk membuat pilihan satu insentif bantuan sahaja pada satu masa. Jika anda telah pun melakukan pendaftaran dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu melakukan pembatalan terlebih dahulu sebelum anda melakukan permohonan baharu untuk untuk i-Suri KWSP.

FAEDAH & MANFAAT i-SURI KWSP

Berikut adalah merupakan faedah & manfaat yang bakal anda terima daripada program i-Suri KWSP:

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Bakal menerima dividen tahun KWSP.
  • Bakal menerima bantuan kematian RM2,500.

Insentif ataupun bantuan kerajaan hanya akan diberikan serta dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Individu adalah merupakan isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
  • KIR wanita yang berstatus balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Individu pemohon belum mencapai umur 60 tahun.
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan bantuan i-Suri KWSP, anda boleh layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri