Permohonan Bantuan Laptop Percuma Untuk Golongan B40

Berita baik buat semua golongan B40 kerana melalui satu sidang media khas pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan bantuan yang melibatkan Pakej Pelan Data Secara Percuma serta peranti siswa (laptop) secara percuma untuk semua kumpulan serta golongan pelajar IPT B40 di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah bertujuan untuk mempermudahkan segala urusan golongan para pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian (online) di samping dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga golongan B40.

Berikut adalah maklumat lengkap tentang bagaimana cara untuk melakukan permohonan bagi mendapatkan bantuan laptop secara percuma ini.

CARA PERMOHONAN PELAN DATA PERCUMA B40

Semua pelajar ataupun mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah layak untuk melakukan permohonan bagi bantuan ini tanpa mengira sama ada mereka adalah merupakan pelajar Kolej Komuniti, Politeknik, IPTS dan Universiti Awam (UA).

Untuk melakukan permohonan, sila rujuk cara permohonan bantuan pelan data percuma B40 yang telah disediakan di bawah ini:

  • Individu pemohon perlu ke bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di pusat pengajian mereka.
  • Jika individu pemohon layak untuk menerima bantuan ini, mereka akan diberikan kad sim secara percuma.
  • Semoga anda semua berjaya!

CARA PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP PERCUMA B40

Berikut adalah merupakan cara permohonan bantuan laptop percuma B40. Anda boleh klik pada pautan di bawah ini mengikut jenama laptop yang anda inginkan:

NOTA: Individu pemohon boleh untuk menanyakan secara terus mengenai bantuan ini kepada pihak HEP pusat pengajian masing-masing sama ada mereka layak untuk mendapatkan bantuan ini ataupun tidak. 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN

“Bermula pada 15 April 2022, pihak kementerian akan membuka satu portal rasmi di mana semua para pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (golongan B40) boleh memohon laptop atau tablet.

“Boleh beritahu kepada mak dan ayah agar tak payah keluar duit nak beli laptop ataupun tablet. Bermula 15 April ini buat saja permohonan kepada pihak kementerian secara online, pihak kerajaan akan berikannya secara percuma,” kata Tan Sri Annuar Musa semasa berucap dalam Program Santai Bersama Menteri Komunikasi & Multimedia bersama semua Keluarga Malaysia di daerah Sandakan.

KEMENTERIAN AKAN BERIKAN PERANTI TERBAIK

Selain itu, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi & Multimedia) juga turut menyatakan bahawa sebanyak 450,000 peranti dijangka akan diberikan dan diedarkan kepada mereka yang layak untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

Dalam pada masa yang sama juga, pihaknya turut memberikan jaminan bahawa semua peranti yang akan diagihkan adalah merupakan peranti yang berkualiti tinggi dan bukan jenama ‘Cap Ayam’.

“Saya berharap pada awal minggu pertama bulan Jun, kita akan mula mengedarkan tablet dan laptop kepada semua mereka yang memohon yang mana ianya mungkin akan melibatkan beratus ribu anak muda siswa dan siswi.

“Mereka semua akan mendapatkan bantuan tablet serta laptop yang berkualiti tinggi dan bukannya jenama cap ayam… Saya jamin kita pasti akan memberikan kualiti yang paling terbaik kepada merek semua,” katanya.