Permohonan Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia RM250

Baru-baru ini, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah program bantuan baharu yang diberi nama Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang mana ianya dikhaskan untuk golongan B40 bagi tujuan mendapatkan lesen memandu kelas B2. Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) ini adalah merupakan sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk makluman, program SCR ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 1990-an menerusi Program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Rakyat sebelum ianya diubah kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) adalah dikhaskan untuk golongan masyarakat orang asli dan B40 yang mempunyai masalah untuk mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

DISKAUN PEMBAYARAN LESEN

Melalui penyaluran bantuan ini, mereka yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang untuk menghadiri sebuah kursus yang singkat.

Untuk pengetahuan anda, bayaran ini adalah jauh lebih murah berbanding dengan kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa yang berjumlah RM750 seorang.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Bagi para penerima bantuan ini, mereka akan melalui tapisan yang dilakukan oleh pihak JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
  • Tidak mempunyai kecacatan fizikal.
  • Sihat anggota tubuh badan dan mental.
  • Tidak disenarai hitam oleh pihak JPJ atau Polis.
  • Individu belum mempunyai sebarang lesen memandu kenderaan.

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Untuk makluman, setakat ini belum terdapat sebarang kenyataan yang dikeluarkan lagi tentang bagaimana cara melakukan permohonan untuk bantuan ini. Sebarang info dan maklumat terkini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) ini, anda boleh lah melayari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia