Anda Peminat Filem Seram? Ini 5 Trivia Menarik Mengenai Pembuatan Filem Pengabdi Setan 2 Yang Wajib Anda Ketahui…

Korang kat sini ada tak yang minat dengan cerita genre seram? Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang filem Pengabdi Setan 2. Ini lima trivia menarik mengenai pembuatan filem Pengabdi Setan yang mungkin korang tak tahu…

1. Pembikinan Scene Banjir Di Rusun (Rumah Susun)…

Diperlukan 30 kereta tangki air atau sekitar 150,000 liter yang perlu disediakan oleh pihak produksi bagi menciptakan adegan banjir di tingkat 1 rumah sususn Pengabdi Setan 2, dan adegan banjir di luar Rusun pula dishooting di perairan yang sebenar tanpa menggunakan skrin latar hijau.

Tambahan lagi, adegan banjir di luar bangunan adalah adegan yang sangat rumit.

Hal ini adalah kerana memerlukan koordinasi dan timing yang tepat antara equipment, pelakon, safety dan rakit khusus dibina untuk adegan ini.

2. Pencarian Lokasi Shooting yang panjang…

Faktanya pencarian bagi lokasi shooting iaitu rumah susun untuk dijadikan sebagai lokasi shooting Pengabdi Setan 2 ini memerlukan waktu selama empat bulan.

Lokasi tersebut akhirnya ditemukan oleh Joko Anwar sang sutradara setelah seorang follower di akaun Twitter miliknya yang bernama Gabriela memberitahukan sebuah rumah susun di daerah Timur Jakarta yang sudah tidak berpenghuni sejak dibangunkan 15 tahun yang lalu.

3. Reconstruction Beberapa Bahagian Rumah Susun…

Meskipun akhirnya pihak produksi akhirnya menemukan rumah susun yang sesuai dengan skrip dan jalan cerita, namun masih terdapat cabaran yang lain. Joko Anwar mengatakan bahawa dirinya harus menyelesaikan dinding-dinding yang belum dibina pada beberapa tingkat bahkan harus membina unit lift yang ingin digunakan dalam filem tersebut.

4. Muzik Sound Track Yang Digunakan Seakan-Akan Bergerak Dalam Orbit Yang Melingkar…

Muzik Pengabdi Setan 2 mengambil konsep “kepler effect” iaitu dari teori Kepler’s Law of Planetary Motion, di mana suara-suara instrumen muzik dan vokal manusia diciptakan seakan-akan bergerak dan berdistorsi dalam orbit yang melingkar.

Konsep ini merepresentasikan kejadian-kejadian mengerikan yang terjadi di dalam cerita ini dan berputar mengelilingi sebuah energi gelap yang besar sebagai pusatnya, oleh sebab itu muzik Pengabdi Setan 2 dapat masuk ke dalam kepala penonton.

5. Memerlukan Persediaan Selama 3 Tahun…

Rupanya sejak keberjayaannya dengan Pengabdi Setan 2017, Joko Anwar sudah langsung bersedia dalam persiapan produksi sekuel kelanjutannya. Mereka sendiri sudah memulakan penulisan skenario untuk filem keduanya sejak tahun 2018 lagi. Joko Anwar sendiri mengakui bahawa ia dan para krunya banyak mengalami kesulitan selama proses implementasi apa yang akan mereka terapkan ke dalam Pengabdi Setan 2.

Untungnya, hasil kerja keras mereka benar-benar terbayar lunas dengan tingginya sambutan daripada masyarakat yang bahkan mengalahkan sambutan hangat pada sekuel pertamanya.