Bantuan 1 Keluarga RM900 : Semakan & Bayaran Bermula September 2022

Tahukah anda, pengkreditan bayaran bagi Bantuan 1 Keluarga RM900 akan mula dilakukan bermula Bulan September Tahun 2022.

Bagi kategori isi rumah, bayaran adalah daripada RM200, RM300, RM400, RM500, RM600 dan RM700 bagi setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah RM0 sehingga RM2,500 tertakluk kepada kategori umur.

Bayaran bagi isi rumah dengan pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000 adalah sebanyak RM100 dan RM400 sahaja tertakluk kepada kategori umur. Bagi kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT), bayaran adalah bermula dari RM600, RM800 sehingga RM900 dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak berjumlah RM500.

Terdapat beberapa kategori lain melibatkan jumlah bayaran RM150 bagi bayaran Bulan September ini. Bantuan 1 Keluarga RM900 ini merupakan salah satu instrumen dalam kerangka Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 3.

Semakan Status Bantuan 1 Keluarga RM900

Fasa 1

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

Fasa 2

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN

Fasa 3

  • Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos atau awal September 2022

Fasa 4

  • Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

Kadar Bayaran Bantuan 1 Keluarga RM900 dan Kategori Lain BKM

Cara Semakan Status BKM Fasa 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

  • Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
  • Klik Semakan Status
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my

Pengenalan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kerajaan pada Tahun 2021 memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu kenyataan berkata BKM dengan peruntukan sekitar RM8.2 bilion, dapat memanfaatkan sekitar 9.6 juta penerima melibatkan isi rumah memiliki tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini merupakan yang tertinggi seumpamanya berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 sahaja.

“Bantuan tunai langsung itu telah ditambah baik dengan memperkenalkan BKM dalam memberi lebih tumpuan kepada golongan yang terkesan,” ujarnya selepas membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.