Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM200

Bantuan e-Tunai Belia. Bantuan e-Wallet 2023 untuk belia adalah salah satu inisiatif yang diteruskan dalam Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan belia yang menggunakan dompet digital dalam transaksi harian mereka. Bajet 2023 adalah bajet ketiga yang menyediakan bantuan e-Wallet sejak ia diperkenalkan pada tahun 2021.

Salah satu perkara yang menarik tentang e-Tunai tahun ini ialah ia memberikan bantuan tambahan sebanyak RM200 kepada belia yang layak berbanding hanya RM150 pada tahun lepas. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet dan pembayaran digital di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan mahasiswa dan peniaga kecil . e-Tunai juga dapat membantu pemulihan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19.

e-Tunai dijenamakan kepada e-Tunai Belia Rahmah.

e-Tunai Belia Rahmah 2023

Untuk memberi sokongan kepada belia di seluruh negara yang menjadi keutamaan kerajaan sedia ada, program e-Tunai akan berlanjutan pada tahun 2023.

Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta belia yang berumur 18 sehingga 20 tahun.

Bantuan e-Tunai Belia

Dengan hormatnya, dimaklumkan bahawa kadar bayaran e-Tunai untuk tahun semasa telah ditetapkan pada tahap yang lebih tinggi daripada kadar tahun-tahun sebelumnya.

Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai di kalangan belia, Kerajaan telah melancarkan inisiatif e-Belia rahmah yang menawarkan kredit e-wallet kepada mereka yang memenuhi syarat. Inisiatif ini adalah lanjutan daripada program e-Pemula yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.

Mereka yang berusia antara 18 hingga 20 tahun atau merupakan mahasiswa boleh memohon kredit e-wallet sebanyak RM200 melalui salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih . Permohonan akan dibuka pada bulan Jun 2023 dan kredit perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput yang ditetapkan . Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan belia, membantu pemulihan perniagaan fizikal dan memupuk pembayaran tanpa tunai di premis perniagaan .

  • e-Tunai Belia Rahmah : RM200

Baca Juga:

Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023:

  • Belia berumur 18 sehingga 20 tahun: dan
  • Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas

Kami akan mengemaskini lebih banyak maklumat mengenai inisiatif e-Belia ini jika terdapat sebarang maklumat baharu mengenainya.

Maklumat Lanjut

Selain daripada bantuan e-wallet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI