Bantuan e-Tunai Rahmah (e-Wallet) RM200 khas untuk rakyat Malaysia. Untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi kesulitan ekonomi semasa, Kerajaan telah mengeluarkan bantuan khas yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka.
Bantuan e-wallet RM 200 adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia dalam bajet 2023 untuk membantu golongan belia. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sokongan kewangan kepada belia yang memerlukan bantuan daripada kerajaan mengikut kategori tertentu.
Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk di bawah.
Bantuan e-Tunai Rahmah RM200
Kerajaan Malaysia telah melancarkan inisiatif untuk membantu rakyatnya menggunakan e-wallet sebagai kaedah pembayaran. Selain itu, kerajaan juga telah menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat yang menawarkan aplikasi e-dompet.
Baca Juga:
- PERKESO Buka Pengambilan Kekosongan Jawatan Terkini
- Belanjawan 2023 : Kerajaan Beri RM500 Dalam Akaun Satu KWSP
Tujuan bantuan e-Tunai ini adalah untuk mendorong rakyat Malaysia menggunakan ewallet sebagai kaedah pembayaran yang selamat dan senang. Bantuan ini juga dikenali sebagai bantuan e-Tunai.
Kerajaan memperuntukkan RM400 juta dan akan memanfaatkan kepada lebih 2 juta belia untuk inisiatif ini.
Syarat Kelayakan
Untuk memohon bantuan e-wallet ini, berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini:
- Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
- Masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Untuk permohonan bantuan ini, kerajaan akan umumkan dari semasa ke semasa.
Kadar Bantuan
Bantuan eTunai ini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
Untuk mencapai matlamat transaksi tanpa tunai oleh rakyat Malaysia, kerajaan meneruskan bantuan ini. Bantuan ini melibatkan penguncupan sipi yang berulang.
Cara Tebus Bantuan e-Tunai Rahmah
Dijangkakan seperti tahun lalu, bantuan kredit etunai ini boleh ditebus di platform e-dagang pilihan seperti Grabpay, ShopeePay, Bigpay dan Tounch N Go ewallet. Penebusan bantuan ini hanya boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap pemohon.
Pengumuman bantuan etunai ini sahaja yang telah dimaklumkan buat masa ini. Tarikh perlaksanaan bantuan khas ini masih belum diketahui, oleh itu diharapkan kerajaan dapat mempercepatkan prosesnya supaya kredit etunai dapat ditebus oleh mereka yang layak.
Segala informasi terkini berkenaan bantuan ewallet ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.
SUMBER : MStar