Bantuan E-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan E-Wallet RM300 : Cara Mohon – Bingkas. Untuk mengatasi masalah ekonomi di Malaysia, kerajaan negeri sedang mengkaji data-data yang berkaitan dengan kesan-kesan yang dialami oleh rakyat.

Untuk membantu rakyat yang terjejas oleh COVID 19, kerajaan negeri telah menyediakan satu skim program dan strategi yang menawarkan bantuan kewangan kepada mereka yang memenuhi syarat untuk pulih semula.

BINGKAS merupakan singkatan bagi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, sebuah program yang memberikan Bantuan e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan kepada isi rumah yang memenuhi syarat. Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 melalui kaedah pembayaran digital.

Bantuan E-Wallet RM300 : Cara

“Dalam belanjawan selangor 2023, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan bahawa Program BINGKAS akan diteruskan dengan peruntukan tahunan RM108 juta. Program ini bertujuan untuk membantu 30 ribu keluarga yang layak di seluruh negeri.”

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET RM300

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan:

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilahlahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan

Bantuan E-Wallet RM300 : Cara

Baca Juga:

Anda boleh menggunakan e-dompet ini untuk membeli keperluan harian anda di pasaraya yang menerima bayaran tanpa wang tunai (cashless). E-dompet ini akan mendapat tambahan RM300 setiap bulan secara automatik.

BANTUAN E-WALLET RM300 : CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disertakan oleh pemohon:

  • Untuk memohon, sila sediakan salinan Kad Pengenalan anda dan pasangan anda (jika ada) yang telah disahkan.
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/