Bantuan E-Wallet RM300 Mula Disalurkan Hari Ini

Bantuan e-Wallet RM300 – Bingkas. Kerajaan negeri sedang meneliti data-data yang terkumpul melibatkan rakyat yang terkesan sepanjang Covid-19 menyerang negara kita di Malaysia.

Untuk membantu rakyat yang terjejas oleh COVID 19, kerajaan negeri telah menyediakan satu strategori dan skim program yang menawarkan bantuan kewangan dan sokongan kepada mereka yang memenuhi syarat untuk bangkit semula.

Isi rumah yang layak boleh mendapat e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), salah satu inisiatif kerajaan negeri.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.

Bantuan E-Wallet RM300

Baca Juga: 

Cara Membuat Permohonan Bantuan E-Wallet RM300

Permohonan bingkas secara online boleh dibuat oleh mereka yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Sistem pendaftaran BINGKAS boleh diakses melalui pautan berikut.

Dokumen sokongan yang disenaraikan di bawah ini perlu disertakan oleh pemohon:

  • Salinan Kad Pengenalan yang diperlukan adalah untuk Pemohon dan Pasangan (jika ada).
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan e-dompet ini, sila rujuk maklumat yang dikongsikan di bawah ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  • Tanpa menggunakan wang tunai, e-dompet ini membolehkan anda membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar. Setiap bulan, jumlah e-dompet ini akan dinaikkan secara automatik sehingga RM300.

Bantuan E-Wallet RM300

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/