Bantuan Insentif Khas – Kami ingin memaklumkan bahawa kerajaan akan meneruskan pemberian insentif sebanyak RM1500 melalui Program Dana Kerjaya 2.0 untuk tahun 2024.
Tujuan skim pekerjaan ini adalah untuk memberi manfaat kepada golongan OKU, Bekas Banduan, Pesara dan Warga Emas dengan menyediakan peluang pekerjaan khusus untuk mereka. Skim ini telah dilancarkan secara rasmi dan diharap dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup golongan tersebut.
Ini adalah skim yang memberi sokongan kepada pekerjaan dengan memberikan insentif sebanyak RM1,500 sebulan selama enam bulan kepada sektor swasta dan GLC/GLIC yang mengambil pekerja dari golongan mudah terjejas. Skim ini bermula pada 31 Disember 2023 dan bertujuan untuk membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan.
Pengenalan Program Daya Kerjaya 2.0
Skim Program Daya Kerjaya adalah satu insentif yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 untuk memberi sokongan pekerjaan kepada majikan di Sektor Swasta, GLC (Goverment – Linked Companies) dan GLIC (Goverment – Linked Investment Companies). Insentif ini boleh dimohon oleh majikan yang mengambil pekerja baru mulai 10 Januari hingga 31 Disember 2024.
Untuk membantu golongan mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, pesara dan warga emas, program ini menawarkan peluang penempatan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan mereka.
Majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini akan menerima insentif khas sebanyak RM1,500 sebulan. Insentif khas ini akan diberikan selama 6 bulan.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tahun 2024
- Tarikh Bayaran MySTR 2024 Fasa 1 Mengikut Kategori Penerima
Tarikh Permohonan Bantuan Insentif Khas RM1,500
- Tarikh permohonan dibuka : 10 Januari 2024
- Tarikh permohonan ditutup : 31 Disember 2024
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Insentif Khas RM1,500
Untuk layak mendapat insentif skim ini, majikan perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
- Untuk membuat permohonan, majikan perlu memastikan bahawa mereka telah mendaftar atau membayar caruman di bawah Akta 4 dan Akta 800, yang berkaitan dengan keselamatan sosial pekerja dan sistem insurans pekerjaan.
- Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
- Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs
Cara Memohon Program Daya Kerjaya 2.0
Majikan yang berminat untuk memohon insentif Daya Kerjaya 2.0 yang ditawarkan ini boleh berbuat demikian melalui laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat berhubung skim ini, sila rujuk pautan berikut:
- Facebook PERKESO: Pertubuhan Keselamatan Sosial
- Laman web rasmi perkeso.gov.my