Bantuan BMT. Berita gembira buat anda yang memerlukan bantuan kewangan kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satunya adalah bantuan BMT yang dinaikkan yang mungkin ramai terlepas pandang, tetapi layak untuk mendapatkannya.
Kadar Bantuan
Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah negara ini dinaikkan kepada RM800 berbanding sebelum ini hanya RM600.
Bantuan ini akan disalurkan secara berfasa iaitu RM200 sebulan bagi tempoh 4 bulan yang akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil.
Kaedah Pembayaran Bantuan BMT
Bantuan akan disalurkan melalui sistem perbankan elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
Baca Juga:
- PTPTN Malaysia Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong Terkini
- Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Buka Pengambilan Jawatan Kosong Terkini
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan BMT
Terdapat dua kategori dengan syarat kelayakan yang berbeza. Berikut adalah penerangannya secara lebih terperinci:
1. Syarat Kelayakan Bagi Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima untuk 1 lot tanah
2. Syarat Kelayakan Bagi Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Cara Membuat Permohonan BMT 2023
Bagi mereka yang memenuhi syarat serta memerlukan bantuan ini, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:
- Melakukan semasa secara atas talian di pautan berikut: http://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- Pemohon boleh pergi ke pejabat RISDA yang berdekatan melalui temujanji.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022