Bantuan Kewangan RM100 Dikreditkan Setiap Bulan Ke MyKad

Bantuan Kewangan RM100 – Tahukah anda? Penerima STR yang layak sahaja akan mendapat bantuan tambahan daripada kerajaan. Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan ia bertujuan untuk membantu penerima STR menghadapi cabaran ekonomi.

Berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan, bantuan ini akan dibayar secara berperingkat-peringkat. Jumlah minimum yang layak diterima adalah RM150 dan jumlah maksimum adalah RM1,200.

Berikut dikongsikan maklumat penuh berkaitan dengan bantuan ini.

Bantuan Kewangan RM100

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak akan terus mendapat bantuan daripada Kerajaan pada tahun 2024. Bantuan ini dikenali sebagai SARA. Ini adalah makluman yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Kadar bantuan SARA juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.

Inisiatif SARA adalah satu program bantuan tanpa tunai untuk penerima STR yang layak. Mereka akan mendapat RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Wang ini akan dimasukkan ke dalam MyKad mereka secara automatik.

Bantuan Kewangan RM100

Baca Juga:

Syarat Kelayakan

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan RM100:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan Kewangan RM100

Permohonan STR yang diluluskan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan SARA akan mendapat bantuan ini mulai bulan Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Buat masa ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Bantuan Kewangan RM100

Maklumat Lanjut

Barikut adalah merupakan maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di:

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran