Bantuan Kewangan RM200 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Kewangan RM200 – Kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif kewangan untuk membantu golongan yang memerlukan. Inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang berkenaan mengikut bidang kuasa dan sasaran mereka.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 untuk membantu golongan yang layak menghadapi musim tengkujuh.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini.

Bantuan Kewangan RM200 BMT

Di bawah Belanjawan 2023, Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Bantuan ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas oleh musim tengkujuh yang melanda setiap tahun. Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk meningkatkan jumlah bantuan daripada RM600 kepada RM800 bagi setiap isi rumah layak.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ialah satu inisiatif yang dijalankan oleh RISDA untuk memberi sokongan kewangan kepada pekebun kecil/penoreh getah yang layak ketika musim hujan. Tujuan BMT adalah untuk mengatasi dan mengurangkan kesulitan kewangan yang dihadapi oleh golongan ini.

Bantuan Kewangan RM200

Baca Juga:

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  • Untuk Penoreh Bukan Pemilik, anda perlu mendapatkan pengesahan dari pemilik tanah yang sah bahawa anda dibenarkan untuk menoreh tanah tersebut. Untuk Pemilik Pengusaha, anda perlu menunjukkan bukti bahawa anda adalah pemilik tanah yang sah.
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Cara Semak Kelulusan

Kami ingin memaklumkan bahawa BMT akan dibayar secara berperingkat dalam empat fasa, iaitu dari November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan membabitkan bayaran sebanyak RM200, menjadikan jumlah keseluruhan BMT sebanyak RM800 (empat fasa).

Pembayaran bantuan ini dibuat secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan bantuan ini boleh dibuat di Sistem BMT RISDA – DI SINI.

Kaedah Pembayaran

Penerima Bantuan Musim Tengkujuh 2023 akan menerima bayaran melalui Sistem Perbankan Elektronik yang dikaitkan dengan nombor akaun mereka yang sah di dalam sistem E-BMT. Anda boleh melihat status bayaran anda seperti gambar di bawah.

Bantuan Kewangan RM200

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan RM200 Musim Tengkujuh BMT 2023

Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:

  • Fasa 1 (November 2023 – RM200)
  • Fasa 2 (Disember 2023 – RM200)
  • Fasa 3 (Januari 2024 – RM200)
  • Fasa 4 (Februari 2024 – RM200)

Bagi kelulusan yang telah disahkan ‘LAYAK’ sehingga 13 November 2023, Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 bagi Fasa 1 iaitu pada peringkat pertama kini telah mula dikreditkan bermula 17 November 2023 ke dalam akaun penerima.

Bayaran bantuan akan dibuat melalui transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) kepada penerima yang layak. Akaun bank aktif yang digunakan adalah yang sama dengan yang didaftarkan oleh penerima semasa membuat permohonan.

Untuk makluman pemohon, setiap permohonan BMT 2023 perlu disemak dan diluluskan di pejabat berkenaan sebelum proses bayaran boleh dilakukan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan bantuan berkaitan Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 ini, anda boleh hubungi talian 03 – 4251 2125 / 03 – 4251 2135 atau 03 – 4251 2023 atau anda boleh terus rujuk – DI SINI