Bantuan Kewangan RM500 Dikreditkan Bermula Hari Ini

Terdapat satu berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah diumumkan melalui belanjawan 2021 yang lalu yang mana Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan menteri kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Kebajikan Orang Tua ataupun Bantuan Warga Emas bakal dinaikkan daripada sebanyak RM300 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk pengetahuan anda semua, bantuan ini masih lagi diteruskan sehingga tahun 2022.

Bantuan Warga Emas ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak  JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama pengagihan bantuan ini kepada golongan warga emas adalah bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti.

Syarat Kelayakan Permohonan

Golongan orang tua ataupun warga emas yang ingin melakukan permohonan bagi bantuan tersebut hendaklah memenuhi segala syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  • Individu pemohon adalah merupakan seorang warganegara dan bermastautin di negara Malaysia.
  • Golongan orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Golongan warga emas yang bukan tinggal di institusi bawah kendalian pihak JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

JOIN TELEGRAM RASMI KAMI DI SINI: https://t.me/mybernama

Cara Melakukan Permohonan

Jika anda ingin melakukan permohonan, sila ikuti segala langkah seperti yang terdapat di bawah ini:

  • Layari portal ebantuanjkm
  • Kemudian, sila klik pada butang daftar permohonan.
  • Sila masukkan nama negeri tempat tinggal beserta nombor kad pengenalan anda.
  • Setelah selesai, sila klik butang daftar.
  • Dalam tempoh masa 14 hari, sila datang ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda. Senarai direktori pejabat boleh rujuk DI SINI

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan individu pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi secara langsung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya.

 

No. Tel: 03-8000 8000