Bantuan Kewangan RM700 Tanpa Perlu Permohonan Dibayar Bermula Hari Ini – Semak Sekarang!

Bermula pada bulan Julai 2022, terdapat sejenis bantuan yang boleh anda terima dengan automatik tanpa anda perlu melakukan sebarang permohonan iaitu bantuan MySalam. Untuk pengetahuan anda, bantuan MySalam adalah merupakan sebuah bantuan inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan secara percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk mereka golongan yang berpendapatan rendah melalui Dana Amanah MySalam.

Tujuan utama skim ini adalah untuk membantu memudahkan kehidupan golongan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

MANFAAT BANTUAN MYSALAM 2022

Berikut adalah merupakan manfaat yang bakal diterima daripada bantuan MySalam 2022:

  • Para pemohon bakal menerima bayaran bantuan RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang diumumkan.
  • Para pemohon bakal menerima bayaran harian untuk tempoh masa 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.

Untuk pengetahuan anda, Skim Perlindungan MySalam bakal diperluaskan kepada golongan para penerima BKM yang layak bermula pada tahun 2022 ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSALAM

Antara syarat-syarat kelayakan bantuan MySalam yang perlu anda ketahui sebelum melakukan sebarang permohonan ialah:

  • Individu pemohon yang berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu pemohon berumur antara 40 tahun hingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.
  • Individu pemohon adalah merupakan seorang OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.

CARA TEBUS BANTUAN MYSALAM

Berikut kami kongsikan cara untuk melakukan penebusan bantuan MySalam RM700:

  • Bagi para penerima BSH/BPR akan layak secara automatik, bantuan akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
  • Semakan permohonan boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam berikut https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Kesemua permohonan serta penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas ataupun SMS.
  • Namun, jika pemohon adalah layak tetapi tidak menerima sebarang SMS, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938.

SENARAI JENIS PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT BANTUAN MYSALAM

Antara senarai jenis penyakit yang boleh untuk menuntut bantuan MySalam adalah seperti berikut:

  • Kanser
  • Meningitis Bakteria
  • Alzheimer / Demensia teruk
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Pembedahan Otak
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Serta penyakit-penyakit lain anda boleh rujuk DI SINI