TERKINI : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

TERKINI : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan sekiranya kerajaan memberikan bantuan perayaan khas kewangan

kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, sempena sambutan Aidilfitri pada April nanti.

Datuk Dr Adnan Mat, Presidennya, menyatakan bahawa bantuan yang biasanya diberikan setiap tahun harus diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam dan sekaligus meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut perayaan tersebut.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Artikel Popular:

“Kami mengucapkan terima kasih atas pemberian Bayaran Insentif Awal sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam yang baru diberikan. Ini telah memberikan sedikit kelegaan kepada anggota perkhidmatan awam

dalam menanggung perbelanjaan pendahuluan untuk keperluan sekolah, bulan Ramadan dan juga persiapan untuk hari raya.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 & RM250

“Walaupun kerajaan merasakan ada keperluan untuk menambah sedikit bantuan perayaan seperti yang biasa diberikan setiap tahun dan tidak pernah gagal, tradisi yang sama mungkin boleh dipertahankan. Kami menyambut baik hal ini, namun CUEPACS tidak mendesak.

“Lazimnya kerajaan bagi bantuan perayaan RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara, kekalkan yang sama pun sesuatu yang baik,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban hari ini.

Adnan menyatakan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan, dan Pertubuhan Keselamatan Sosial perlu

mengemukakan cadangan kepada kerajaan pada 25 Mac ini mengenai bentuk kebajikan yang sesuai untuk penjawat awam masa depan.

Tiga Agensi Diminta Beri Cadangan

Beliau mencadangkan agar kerajaan mempertingkatkan skim caruman KWSP bagi majikan dan pekerja dengan kadar yang sesuai, sekurang-kurangnya 26 peratus dari gaji asas bagi penjawat awam yang baru.

“Tiga agensi ini diminta buat cadangan lebih baik daripada skim (pencen) yang ada pada hari ini dan CUEPACS yakin cadangan akan datang, lebih sesuai untuk generasi ketika itu. Kita mahu penambahbaikan, sebab itu prinsip kita ialah mendapat ‘tidak kurang faedahnya’ (daripada skim pencen).

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

“Ada dalam kalangan orang ramai yang berpendapat KWSP lebih baik, sebab boleh menstruktur kewangan sendiri, urus sendiri dan tahu

bagaimana nak urus, jadi tak ada masalah untuk mereka dan kerajaan mungkin boleh tingkatkan bentuk caruman itu,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa penjawat awam masa depan tidak perlu bimbang dan percaya bahawa kerajaan sebagai majikan sangat memperhatikan kebajikan penjawat awam, seraya menjamin bahawa mereka juga akan menerima manfaat yang lebih baik.

Sumber : MalaysiaKini