Bantuan Khas RM1,000 Telah Mula Dikreditkan

Bantuan Khas RM1000. Untuk meringankan beban masyarakat yang menghadapi cabaran, pihak kerajaan telah menyediakan bantuan pelbagai jenis.

Pelbagai jenis bantuan bakal dikreditkan pada bulan ini. Ini adalah tarikh bayaran bantuan khas RM 1,000 pada bulan Februari.

Bantuan Khas RM1000

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

JKM menawarkan 9 jenis bantuan bulanan kepada rakyat yang memenuhi syarat. Jumlah bantuan ini berbeza mengikut kategori, dari RM 150 hingga RM 1,000 sebulan. Senarai bantuan bulanan JKM untuk bulan Februari adalah seperti berikut:

Bantuan Khas ini di bawah seliaan agensi kerajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

BANTUAN KANAK-KANAK

Untuk anak-anak berumur 7 hingga 18 tahun, bayaran adalah RM 150 seorang. Untuk yang berumur 6 tahun dan ke bawah, bayaran adalah RM 200 seorang. Setiap keluarga boleh mendapat bantuan maksimum sebanyak RM 1,000.

Untuk membantu keluarga/penjaga anak-anak untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

BANTUAN WARGA EMAS

Diberikan kepada warga emas (60 tahun ke atas) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Bantuan bulanan telah dinaikkan kepada RM 500 seorang bagi yang layak.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS RM1000

Sebelum kita pergi kepada bantuan seterusnya, tarikh bayaran bagi bantuan khas hingga RM 1,000 bermula pada 1 – 10 Februari 2023. Pembayaran automatik untuk penerima sedia ada.

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM1000

Untuk memastikan pemohon layak menerima bantuan, siasatan akan dijalankan bagi menilai setiap permohonan yang didaftarkan.

Pengendalian permohonan bantuan khas kewangan boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat/Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Untuk memudahkan pengurusan turut jangan lupa salinan dokumen-dokumen penting yang berkaitan seperti kad pengenalan pemohon, ahli keluarga yang tinggal bersama salinan penyata gaji dan lain-lain.

BANTUAN ANAK PELIHARA

RM 250 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Maksimum RM 500 sebulan sekluarga yang memelihara 2 orang atau lebih kanak-kanak.

Bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan RM 100 hingga RM 300 sebulan bagi yang layak.

Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu individu/keluarga yang menghadapi kesulitan kewangan dalam menjaga keperluan asas dan kualiti hidup mereka di dalam masyarakat.

Bantuan Bulanan JKM yang lain :

  • Bantuan Am Negeri
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN KHAS RM1000

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan yang disediakan oleh pihak JKM, anda boleh klik DI SINI