Bantuan Khas Sehingga RM5,000 Untuk Satu Keluarga Kini Dibuka

Bantuan Khas Sehingga RM5000 Bagi Satu Keluaraga Kini Dibuka. Belanjawan 2023 adalah berdasarkan Malaysia Madani, yang menekankan enam nilai teras: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Malaysia Madani merupakan dasar pentadbiran yang holistik dan bersepadu untuk membina masyarakat maju dan bertamadun dengan menghormati kepelbagaian dan tradisi.

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial akan dipastikan oleh Belanjawan 2023, selain menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Bantuan Khas Sehingga RM5000

Permohonan akan dibuka bermula 15 Mei sehingga 26 Mei 2023 khusus untuk anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke bawah (tertakluk kepada syarat permohonan).

Jenis-jenis bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1) Makanan/Keperluan Tambahan
2) Pembelian/Pembaikian Peralatan atau Mesin
3) Ubat-ubatan
4) Pendidikan (Pusat Terapi/Kelas Khas untuk Anak OKU)

Bantuan Khas Sehingga RM5000

Semakan Permohonan

Untuk memeriksa status permohonan bantuan ini, sila kunjungi laman web berikut:

Baca Juga:

Cara Mohon Bantuan Khas Sehingga RM5000

Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) di pautan www.anisselangor.com dan hendaklah dicetak & dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Permohonan anda akan DITOLAK jika dokumen yang lengkap tidak dihantar dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh akhir penghantaran borang permohonan adalah pada 30 Mei 2023 (Selasa) – 5.30 petang di Ibu Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Cara Pembayaran

1. Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan / peralatan sokongan / keperluan khas / ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):

  • Pembelian barang tersebut akan diuruskan oleh YAWAS di mana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
  • Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
  • Barangan yang dimohon akan dihantar dan dibayar kepada pemohon sepanjang bulan Mei dan Jun.

2. Jenis bantuan berbentuk Pendidikan / Kelas terapi khas untuk anak OKU

  • Pemohon boleh meminta pusat pendidikan / terapi yang dikehendaki untuk menerima pembayaran secara langsung daripada kami.
  • Permohonan anda hanya akan diproses selepas pembayaran dibuat.
  • Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.

Maklumat Lanjut

Sebaran maklumat lanjut anda boleh hubungi: