Bantuan KWSP RM500 Secara “One-Off” Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan KWSP RM500 Secara “One-Off” – Untuk memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bantuan kewangan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ianya adalah seperti mana dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Salah satu bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah kewangan kepada para pekerja yang tergolong dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bantuan KWSP RM500 Secara “One-Off”

Dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan baru-baru ini, Kerajaan telah menetapkan Bantuan RM500 untuk para pencarum KWSP yang memenuhi syarat.

Para pencarum KWSP yang berhak mendapat bantuan kewangan ini ialah mereka yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 54 tahun dan mempunyai jumlah simpanan tidak melebihi RM10,000.

Bantuan KWSP RM500 Secara

Program ini, yang melibatkan peruntukan hampir RM1 billion, diharap dapat memberi faedah kepada hampir 2 juta ahli KWSP.

“Kerajaan telah meluluskan bantuan khas berupa tambahan RM500 ke dalam Akaun 1 KWSP bagi ahli yang berusia 40 hingga 54 tahun dan mempunyai simpanan kurang daripada 10 ribu ringgit,” ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia semasa mengumumkan Belanjawan 2023.

Baca Juga:

Cara Pelaksanaan Bantuan KWSP RM500 Secara “One-Off”

Untuk makluman, ahli yang layak akan menerima bantuan ini tanpa perlu memohon.

Dan jumlahnya akan dimasukkan ke Akaun 1 KWSP mereka secara automatik.

Pihak Kerajaan akan mengumumkan tarikh pelaksanaan perkara ini apabila sudah bersedia dan akan memberi kemas kini secara berkala.

Portal Rasmi Kementerian Kewangan menyediakan maklumat terperinci mengenai Belanjawan 2023 untuk rujukan orang ramai. Anda boleh mengakses portal tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif dan peruntukan yang diperkenalkan oleh kerajaan – DI SINI.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran sebahagian KWSP, anda boleh menghubungi kami dengan cara berikut:

Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor