Bantuan Lesen 2023 – Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Lesen 2023 (MyLesen) – Satu program bantuan lesen memandu percuma telah dilancarkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Program ini dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Tujuan program ini ialah untuk memberikan peluang kepada orang awam untuk memiliki lesen memandu tanpa sebarang bayaran.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara untuk membuat permohonan.

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2023

MyLesen atau Bantuan Lesen Memandu merupakan satu inisiatif untuk membantu golongan B40 di seluruh Malaysia. Dengan inisiatif ini, mereka yang memenuhi syarat boleh mendapatkan lesen motosikal tanpa bayaran.

Belanjawan Madani 2023 telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menanggung segala perbelanjaan yang berkaitan dengan pengeluaran lesen.

Ini adalah program Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 dan memberi mereka lebih banyak peluang untuk mendapatkan pendapatan.

Bantuan Lesen 2023

Syarat Kelayakan & Permohonan Bantuan Lesen 2023

Bagi memohon bantuan ini, syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Mestilah berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum mempunyai sebarang lesen memandu
  • Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
  • Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
  • Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

Baca Juga:

Download Borang Permohonan Bantuan Lesen 2023

Anda boleh rujuk laman media sosial JPJ negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat tentang kuota dan permohonan MyLesen B2 ini.

  • Anda boleh download borang permohonan DI SINI

Bantuan Lesen 2023

Maklumat Lanjut Bantuan Lesen 2023

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Program MyLESEN?

  • Tujuan Program MyLESEN adalah untuk memberi sokongan kepada kumpulan B40, terutamanya belia, yang terjejas oleh pandemik C19. Program ini membolehkan mereka mendapat Lesen Memandu dan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga dengan bekerja dalam sektor ‘gig economy’.

Manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai program Bantuan Lesen 2023?

  • Program ini menawarkan dan menanggung sepenuhnya kos latihan dan ujian yang diperlukan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kepada peserta.

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLESEN?

  • Untuk memandu motosikal yang kapasiti enjinnya tidak melebihi 250 c.c di Malaysia, anda perlu memiliki Lesen memandu Malaysia (LMM) Kelas B2. Lesen ini membolehkan anda mengendalikan motosikal yang bersesuaian dengan kelas tersebut di jalan raya. Anda perlu lulus ujian teori dan praktikal sebelum mendapat LMM Kelas B2.

Dimanakah peserta boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLESEN?

  • Penyertaan tidak terbuka dan hanya ditawarkan kepada penerima bantuan Kerajaan seperti eKasih / JKM / JAKOA / Zakat / Baitulmal / LHDN / B40

Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu?

  • Tidak

Apakah syarat kelayakan bagi permohonan Program MyLESEN?

Peserta / Calon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Penerima bantuan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN / B40)
  • Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam (JPJ / PDRM / Mahkamah)

Institut Memandu

  • Menyediakan kemudahan fasiliti kursus, latihan & ujian memandu bagi Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan; dan
  • Mempunyai pengajar yang mempunyai Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) & kenderaan yang mempunyai Sijil Kenderaan Insititut Memandu (SKIM) mengikut kelas yang berkenaan bagi tujuan latihan & ujian memandu ke atas peserta.

Berapakah kos bayaran bagi Program MyLESEN?

  • Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) yang diperlukan oleh anda. Oleh itu, anda tidak perlu membayar apa-apa yuran untuk mengikuti program ini.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program MyLESEN?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kurses, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

  • Untuk mendapatkan lesen memandu, peserta perlu melalui proses pembelajaran yang ditetapkan oleh JPJ. Proses ini melibatkan kursus, latihan dan ujian yang hanya boleh dijalankan di Insititut Memandu yang berdaftar dengan JPJ.

Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atatu dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

  • Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain.
  • Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat program yang ditetapkan melalui surat Aku Janji bagi memastikan komitmen

Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLESEN B2 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?

  • Tidak. Peserta kursus, latihan dan ujian memandu perlu menanggung sendiri kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum. Kos-kos ini tidak termasuk dalam pakej yuran pembiayaan yang disediakan oleh pihak Kerajaan.

Apakah yang menyebabkan [eserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLESEN?

  • Program ini memerlukan peserta untuk menepati tempoh penyelesaian yang ditetapkan iaitu tiga (3) bulan. Jika peserta tidak dapat menyelesaikan program dalam tempoh tersebut, mereka akan dianggap gagal.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan berhubung pelaksanaan program MyLESEN, apakah sumber yang boleh dirujuk?

  • Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan program MyLESEN boleh dikemukakan kepada JPJ negeri yang berdekatan

Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi program MyLESEN?

  • Mulai 30 Mei 2023, permohonan untuk menyertai program ini akan dibuka. Permohonan akan ditutup apabila kuota penyertaan telah terisi sepenuhnya.

Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai program Bantuan Lesen 2023 MyLESEN?

  • Tidak. Namun peserta perlu membuat pegesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.

Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program Bantuan Lesen 2023 MyLESEN?

OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori berikut sahaja yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan iaitu:

  • Pendengaran
  • Pertuturan
  • Pembelajaran

dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya)