Bantuan Lesen 2024 (MyLesen) – Untuk tahun 2024, Program MyLesen B2 akan diteruskan oleh kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan lesen memandu motosikal kelas B2.
Kerajaan akan menanggung kos program ini sepenuhnya dengan syarat-syarat yang ditetapkan sebelumnya.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara untuk membuat permohonan.
Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024
Golongan B40 dari seluruh negara boleh mendapatkan lesen motosikal secara percuma melalui Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen tahun 2024. Bantuan ini diberikan kepada golongan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
Ini adalah program Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan B40 dan memberi mereka lebih banyak peluang untuk menambah pendapatan.
Program MyLesen kali ini terhad kepada 35,000 orang dan tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota dipenuhi.
Baca Juga:
- Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Buka Pengambilan Terkini
- Bantuan Kewangan RM100 Dikreditkan Setiap Bulan Ke Dalam MyKad
- Bantuan E-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental
- Pemohon belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
- Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
- Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon
*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.
Borang Pendaftaran Online Bantuan Lesen Memandu
Untuk mendaftar sila scan QR code dalam poster di bawah atu klik “MOHON SEKARANG” melalui pautan yang disediakan – klik DI SINI
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program ini, sila hubungi kami melalui emel mylesenb2@jpj.gov.my atau telefon 03-8892 8714 / 8693.