Bantuan Lesen Percuma 2024 – Mohon Di Sini

Bantuan lesen percuma 2024 kini telah mula dibuka untuk pengambilan tahun ini. Pihak kerajaan bakal memberikan bantuan lesen percuma kepada mereka yang layak.

Laman KerajaanKini akan kongsikan cara mohon bantuan lesen percuma ini.

Bantuan Lesen Percuma 2024

Untuk makluman anda, bantuan lesen percuma ini akan diteruskan oleh pihak kerajaan seperti tahun 2023.

Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan mobiliti belia, lebih kurang 40,000 orang akan diberikan lesen memandu secara percuma. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan lesen untuk mencari pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Syarat Permohonan

Berikut adalah merupakan syarat permohonan lesen percuma 2024:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas.
  • Terbuka kepada keluarga B40
  • Mempunyai kesihatan mental dan fizikal
  • Tidak mempunyai lesen memandu sebelum ini
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan
  • Yuran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan
  • Menjalankan latihan mengikut tempoh masa dan SOP ditetapkan
  • Mesti mengikuti program berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan
  • Program ini akan berlangsung sehingga Oktober 2024

Bantuan Lesen Percuma 2024

Baca Juga:

Cara Mohon Bantuan Lesen Percuma 2024

Untuk melakukan permohonan, sila isi dan lengkapkan borang secara dalam talian (online) di pautan berikut:

Syarat Mohon Lesen B2

Syarat permohonan My Lesen B2 ialah:

  • Pemohon mestilah berumur 16 tahun ke atas
  • Pemohon tidak memiliki lesen memandu
  • Tidak ada rekod senarai hitam
  • Keluarga B40
  • Fizikal dan mental sihat

Ikuti Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan :