Bantuan RM1200 Dikreditkan Dalam MyKad Rakyat Malaysia

Bantuan RM1200 – Berdasarkan kumpulan sasar dan tanggungjawab masing-masing, bantuan dan inisiatif yang berbeza-beza telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan.

Dalam ucapan belanjawan 2023 yang disampaikan di Parlimen pada 24 Februari 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelbagai langkah dan strategi yang sejajar dengan aspirasi beliau untuk membawa kemajuan kepada negara. Belanjawan ini merangkumi beberapa bidang utama dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Belanjawan 2023 telah memperkenalkan beberapa bantuan untuk rakyat Malaysia. Salah satu daripada bantuan tersebut ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Bantuan RM1,200

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa program ini akan disambung dalam Belanjawatan 2023. Selain itu, penerima STR yang layak juga akan menerima SARA, iaitu elaun tambahan untuk menampung kos sara hidup mereka.

Pada tahun depan, SARA akan meningkat dua kali ganda daripada RM600 kepada RM1,200 setiap bulan. Ini adalah satu kenaikan yang besar berbanding dengan tahun ini.

SARA merupakan satu program bantuan tanpa tunai (cashless) yang akan diberikan kepada penerima yang layak sebanyak RM100 setiap bulan secara automatik. Penerima hanya perlu menggunakan MyKad mereka untuk mendapatkan bantuan ini selama tempoh 12 bulan.

Bantuan RM1200

Baca Juga:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan RM1200

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran Bantuan RM1200

Mulai bulan Januari 2024, bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang permohonan mereka telah diluluskan dan memenuhi syarat kelayakan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam menghadapi cabaran ekonomi.

Bagi para penerima yang layak kemudiannya akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Kami mempunyai lebih 600 rakan runcit yang tersebar di seluruh negara. Antara rakan runcit kami ialah Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), dan juga pasar raya serta pasar mini yang beroperasi secara bebas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.