Bantuan RM1200 Mula Dikreditkan Dalam MyKad Rakyat Malaysia

Bantuan RM1200 Mula Dikreditkan – Berdasarkan kumpulan sasar dan bidang kuasa masing-masing, pelbagai bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023. Belanjawan ini mengandungi pelbagai inisiatif dan program yang sama dengan visi beliau untuk membangunkan negara.

Belanjawan 2023 telah memperkenalkan beberapa bantuan untuk rakyat Malaysia. Salah satu daripadanya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Bantuan RM1,200

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa program ini akan diteruskan dalam Belanjawatan 2023. Selain itu, penerima STR yang layak juga akan menerima SARA, iaitu elaun tambahan untuk menampung kos sara hidup mereka.

Bagi tahun 2024, kadar SARA akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun ini.

SARA adalah skim bantuan tanpa tunai yang memberikan RM100 sebulan kepada penerima yang layak. Bantuan ini akan diberikan secara automatik melalui MyKad selama 12 bulan.

Bantuan RM1200 Mula Dikreditkan

Baca Juga:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan RM1200 Mula Dikreditkan

  • Mestilah Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran Bantuan RM1200 Mula Dikreditkan

Bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang permohonan mereka telah diluluskan dan mematuhi kriteria kelayakan bermula dari bulan Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Kami mempunyai lebih daripada 600 rakan perniagaan di seluruh Malaysia, termasuklah jenama-jenama besar seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), dan juga pasar raya serta pasar mini yang beroperasi secara bebas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.