Bantuan RM1200 Secara Automatik Untuk Penerima STR 2024

Bantuan RM1200 Secara Automatik Untuk Penerima STR 2024 – Berdasarkan kumpulan sasar dan tanggungjawab masing-masing, bantuan dan inisiatif yang berlainan telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan.

Pada 24 Februari 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengemukakan Belanjawan 2023 di Parlimen. Belanjawan ini merangkumi pelbagai program dan inisiatif yang sejajar dengan visi beliau untuk membawa kemajuan kepada negara.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bantuan RM1,200

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa program ini akan disambung dalam Belanjawatan 2023. Selain itu, penerima STR yang layak juga akan menerima SARA, iaitu elaun tambahan untuk menampung kos sara hidup mereka.

Pada tahun depan, kerajaan akan meningkatkan jumlah SARA yang diterima oleh rakyat kepada RM1,200 sebulan. Ini adalah peningkatan sebanyak 100% daripada RM600 sebulan yang diberikan pada tahun ini. Tujuan kenaikan ini adalah untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

SARA merupakan satu program bantuan tanpa tunai (cashless) yang memberikan RM100 sebulan kepada penerima yang layak. Penerima akan mendapat bantuan ini secara automatik selama 12 bulan melalui MyKad mereka.

Bantuan RM1200 Secara Automatik

Baca Juga:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan RM1200 Secara Automatik

  • Mestilah Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran Bantuan RM1200 Secara Automatik

Bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang permohonan mereka telah diluluskan dan mematuhi kriteria kelayakan bermula dari bulan Januari 2024.

Mereka yang layak untuk mendapat bantuan ini akan diberitahu tentang lokasi kedai runcit yang berdekatan dengan mereka untuk membeli barang-barang runcit asas yang diperlukan.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.