Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2022

Pihak kerajaan melalui satu pengunguman khas telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) untuk mereka golongan yang berpendapatan rendah bagi tujuan membantu mereka memiliki rumah pertama idaman mereka.

Berikut adalah merupakan maklumat lengkap berkaitan dengan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) sebanyak RM60,000 yang perlu anda fahami atau ketahui sebelum anda melakukan sebarang permohonan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, berikut adalah merupakan syarat-syarat pinjaman perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah:

  • Individu pemohon dan pasangan adalah merupakan warganegara Malaysia.
  • Individu pemohon berumur 21 hingga 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Individu bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Individu pemohon & pasangan belum mempunyai rumah.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Individu memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.

SYARAT PINJAMAN SPP

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan pinjaman yang perlu anda patuhi sebelum melakukan permohonan:

  • Had pinjaman maksimum sebanyak RM60,000 (jumlah ini tidak termasuk perlindungan insuran).
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman selama 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman yang dilakukan.
  • Individu perlu megambil perlindungan insuran yang telah disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.

SYARAT-SYARAT CAGARAN TANAH SPP

Untuk makluman, berikut adalah merupakan syarat-syarat cagaran tanah pemilik yang perlu anda ketahui:

  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis daripada pemilik tanah asal.
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Untuk tanah milikan secara pajakan, anda perlu mematuhi syarat seperti yang berikut:
  • 1) Baki tempoh pajakan tanah yang dicagarkan mestilah sekurang-kurangnya 40 tahun.
  • 2) Individu mendapat kebenaran mencagar tanah daripada pihak berkuasa negeri.

SYARAT-SYARAT PEMBINAAN RUMAH SPP

  • Rumah teres sebuah tingkat – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  • Individu diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) sahaja.
  • Individu pemohon tidak boleh menggunakan pelan sendiri.
  • Individu mestilah mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut.

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

  • Sila muat turun dan isikan borang permohonan dengan lengkap serta hantar ke alamat yang tertera pada hadapan/bawah borang permohonan tersebut.
  • Borang permohonan boleh dapatkan DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Skim Pinjaman Perumahan (SPP) pada hari dan waktu bekerja di talian seperti yang berikut:

Bahagian Pengurusan

Jabatan Perumahan Negeri

Kementerian Kebajikan Negeri, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30, No 51 Persediaan Perdana Presint 4,

62100 Putrajaya.

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8891 4269

E-mel: spp@kpkt.gov.my