Bantuan SARA RM600 Dikreditkan Dalam MyKad

Bantuan SARA RM600 – Untuk memajukan negara dan rakyat, pihak Kerajaan akan mengemukakan belanjawan setiap tahun. Belanjawan ini merangkumi pelbagai aspek pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan dan aspirasi rakyat.

Belanja mengurus Kerajaan untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM289.1 bilion, manakala RM388.1 bilion telah diperuntukkan bagi Belanjawan 2023 secara keseluruhan.

Manakala, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Untuk memenuhi peruntukan yang ditetapkan, Kerajaan telah menawarkan beberapa jenis bantuan kewangan kepada mereka yang layak dan memerlukan. Bantuan kewangan ini termasuklah:

Bantuan SARA RM600

Untuk membantu golongan B40 dan M40 yang memerlukan, Kerajaan telah mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai salah satu inisiatif dalam Belanjawan 2023. STR adalah satu bantuan kewangan yang akan diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan kriteria tertentu.

Sejumlah RM600 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan kepada penerima STR berkelayakan yang layak menerima sumbangan tersebut. Ini adalah dalam masa yang sama dengan pemberian STR.

Baca Juga:

 

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan SARA RM600

  • Merupakan Seorang Warganegara Malaysia;
  • Mereka yang tercatat sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam pangkalan data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga tarikh 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Pembayaran SARA

Untuk menerima SARA, penerima perlu mengaktifkan kredit yang diberikan ke dalam MyKad mereka. Dengan MyKad yang telah diaktifkan, penerima boleh membeli barangan makanan asas di mana-mana pasaraya/kedai runcit yang terlibat di seluruh negara.

Berkenaan dengan cara pelaksanaan lebih lengkap, ini adalah maklumatnya:

Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)

  • Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai sebanyak RM100 sebulan akan diberikan kepada penerima secara automatik selama 6 bulan (Julai – Disember 2023). Penerima tidak perlu memohon kerana bantuan ini akan dimasukkan ke dalam akaun yang dibuat menggunakan MyKad penerima.
  • Barangan runcit asas dari kategori produk yang diluluskan boleh dibeli oleh penerima SARA menggunakan MyKad di pasar raya / kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Bantuan SARA RM600

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan

  • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.