Bantuan STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Dikreditkan

Bantuan STR fasa 3 adalah merupakan pembayaran peringkat terakhir bagi pemberian Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023. Bantuan kewangan khas ini diberikan secara berperingkat-peringkat kepada penerima yang layak mengikut kategori mereka. Tujuan bantuan ini adalah untuk memberi maklumat kepada anda.

Bantuan STR Fasa 3

Untuk penerima sedia ada, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh orang awam mengenai pembayaran STR fasa 3. Hanya kategori isi rumah dan warga emas yang akan menerima bayaran fasa 3, manakala kategori bujang hanya akan menerima bayaran sehingga fasa 2 sahaja.

Kategori Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah

Berikut dikongsikan senarai penerima untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah:

Bantuan STR Fasa 3

Sumbangan Tunai Rahmah

Perdana Menteri telah mengumumkan sumbangan sehingga RM2,500 untuk isi rumah pendapatan kurang RM2,500 dalam pembentangan Belanjawan 2023. Bilangan anak menentukan jumlah sumbangan yang layak diterima oleh isi rumah tersebut.

Isi rumah termiskin yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah akan mendapat bantuan tambahan daripada kerajaan sebanyak RM600 berdasarkan data e-Kasih.

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran

Sebagai makluman, kerajaan telah mengeluarkan bayaran STR fasa 2 melalui kredit terus dan penebusan tunai di cawangan BSN baru-baru ini.

Untuk Fasa 3 STR, bayaran akan dimulakan pada bulan JULAI 2023.

Baca Juga:

Jumlah Bayaran & Semakan Status STR Fasa 3

Untuk setiap kategori, berikut adalah jumlah bayaran STR yang dikenakan:

Isi Rumah Tiada Had Umur

Pendapatan < RM2,500

  • Tiada Anak: RM300
  • 1 – 2 Anak: RM400
  • 3 – 4 Anak: RM600
  • > 5 Anak: RM800

Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Tiada Anak: 0
  • 1 – 2 Anak: RM150
  • 3 – 4 Anak: RM200
  • > 5 Anak: RM250

Bujang

  • Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
  • Bujang 21 – 59 Tahun: RM150
  • Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM150

Proses Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah

  • Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
  • Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status Bantuan STR Fasa 3

Semakan status STR boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/