Bantuan Suri Rumah RM480 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Suri Rumah RM480 – Pihak Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif kewangan untuk membantu golongan yang memerlukan. Inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang berkenaan mengikut bidang kuasa dan sasaran masing-masing.

Untuk membantu golongan suri rumah, kerajaan telah memperkenalkan skim i-Suri KWSP yang memberikan sumbangan bulanan sebanyak RM480 kepada mereka yang layak.

Untuk mendapatkan bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat tertentu. Kami akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan cara-cara untuk memohon bantuan ini di bawah.

Bantuan Suri Rumah RM480 (i-Suri KWSP)

i-Suri KWSP adalah satu insentif khas yang membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di KWSP. Insentif ini diwujudkan untuk menghargai sumbangan golongan suri rumah kepada keluarga dan negara, serta untuk menjamin kesejahteraan mereka. Golongan suri rumah akan mendapat pelbagai faedah daripada i-suri KWSP.

Baca Juga:

Syarat Kelayakan Bantuan Suri Rumah RM480

Untuk memohon bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Indivivu adalah merupakan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR/Wanita (KIR)
  • Individu belum mencapai umur 60 tahun.

Cara Permohonan Bantuan Suri Rumah

Untuk mendaftar, sila kunjungi cawangan KWSP yang berhampiran dengan anda dan bawa borang permohonan yang boleh didapati di pautan ini:

  • MyKad
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja) – DI SINI
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran) – DI SINI

Faedah i-Suri KWSP

Berikut meruapakan faedah i-Suri KWSP yang dikongsikan:

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Individu Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2500

Untuk mendapatkan insentif kerajaan, anda perlu mematuhi syarat-syarat berikut yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa:

  • Individu merupakan seorang isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
  • KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Individu belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Cara Pembayaran

  • Bayaran secara tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Bayaran melalui tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB

Tambahan: Untuk separuh tahun pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun, KWSP akan menuntut sumbangan kerajaan berdasarkan caruman ahli. Ahli akan menerima sumbangan ini dalam akaun mereka selepas kerajaan membayarnya kepada KWSP. Sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 (Akaun Persaraan) dan Akaun 2 ahli.

Bantuan Suri Rumah RM480

Siapa Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP

  • Diri sendiri (Isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

TAMBAHAN: Untuk suri rumah, anda hanya layak untuk satu insentif sahaja pada setiap masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu menamatkan pendaftaran anda terlebih dahulu sebelum memohon i-suri yang baru.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.