Bantuan Tambahan Automatik RM700 Diteruskan Bermula Februari Ini

Bantuan Tambahan Automatik RM700. Bantuan MySalam adalah sebuah skim takaful kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan secara percuma untuk golongan berpendapatan rendah. Skim ini memberikan perlindungan takaful sekiranya anda didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal atau perlu dirawat di hospital. Anda boleh menerima bayaran tunai RM8,000 sekali seumur hidup untuk penyakit kritikal dan RM50 sehari untuk hospitalisasi sehingga 14 hari setahun. Anda tidak perlu memohon untuk mendapatkan bantuan MySalam kerana ia akan diberikan secara automatik kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak. Skim ini akan berterusan sehingga tahun 2023.

Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap.

MANFAAT BANTUAN TAMBAHAN RM700 AUTOMATIK

Berikut dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
  • Untuk tempoh 14 hari setahun, anda akan dibayar harian pada kadar RM40 sehari. Jumlah bayaran tahunan anda adalah RM700.
  • Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada para penerima BKM yang layak bermula pada tahun 2022.

Bantuan Tambahan Automatik RM700

Baca Juga:

CARA MENEBUS MYSALAM

Berikut dikongsikan cara untuk menebus bantuan RM700 MySalam:

  • Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
  • Semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Sistem SMS akan digunakan untuk memberitahu semua penerima yang memenuhi syarat.
  • Tetapi jika anda layak namun tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan:

  • Pasangan dan individu yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 65 tahun.
  • Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.

Bantuan Tambahan Automatik RM700

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT BANTUAN TAMBAHAN RM700 AUTOMATIK

Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:

  • Meningitis Bakteria
  • Alzheimer / Demensia teruk
  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk DI SINI