Bantuan Tambahan RM200 Seorang Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Tambahan RM200. Untuk memberi sokongan kepada mereka yang menghadapi kesulitan hidup, terutamanya golongan B40, kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk memberikan bantuan yang pelbagai.

Untuk memastikan kumpulan sasar dapat menjalani kehidupan yang baik, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan perkhidmatan bantuan kewangan yang sesuai.

Ramai tak tahu bahawa selain daripada bantuan JKM untuk warga emas, OKU, kanak-kanak dan miskin tegar sebenarnya pihak JKM juga ada menyediakan Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut Bantuan Latihan Perantis (BLP) dan cara memohon.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:

  • Salah satu tugas Jabatan adalah untuk memberikan sokongan kepada klien-klien kami yang tidak dapat menamatkan pendidikan formal dan tidak mempunyai pekerjaan. Kami berusaha untuk membina kemahiran dan keupayaan mereka supaya mereka dapat mencari peluang-peluang yang sesuai dengan minat dan bakat mereka.
  • Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Baca Juga:

KADAR BANTUAN TUNAI

Untuk individu yang memenuhi syarat, jumlah bayaran yang ditawarkan adalah:

  • RM200 Sebulan Seorang

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM200

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan atau;
  • Kes-kes seliaan akhlak atau;
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat atau;
  • Mana-mana yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

NOTA: Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Bantuan Tambahan RM200

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA MEMOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200

Untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda perlu memohon melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan tempat tinggal anda di mana-mana negeri.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Klik di bawah ini untuk mendapatkan dan muat turun borang permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM 2023:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi www.jkm.gov.my