Bantuan Tambahan RM200 Untuk Bujang Seluruh Malaysia

Inisiatif bantuan e-Pemula atau ewallet khas adalah program yang dianjurkan oleh kerajaan setiap tahun untuk membantu golongan yang memerlukan. Pada tahun 2023, kerajaan telah melanjutkan program ini dan menambah nilai bantuan kepada RM200 berbanding RM150 pada tahun sebelumnya.

Selain daripada bantuan ewallet yang sedia ada, kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai program baru pada tahun ini. Program-program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

BANTUAN EWALLET 2023

Untuk makluman program bantuan ewallet ini telah lama diperkenalkan dan masih relevan diteruskan sehingga sekarang. Ini adalah salah satu tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Bantuan e-Pemula

Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN e-PEMULA 2023

Bagi tahun 2021 dan 2022, rakyat akan menerima kredit e-Wallet sebanyak RM 150. Namun, kerajaan telah mengumumkan peningkatan bantuan ini kepada RM 200 seorang mulai tahun ini sebagai berita baik kepada rakyat.

Sebelum ini, kategori belia M40 tidak terima bantuan e-Wallet ini. Tetapi bagi tahun ini golongan tersebut tidak dipinggirkan lagi dan akan terima bantuan RM 100.

e-PEMULA 2023

e-Pemula 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit sahaja dan tidak boleh ditukar kepada tunai ringgit. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah satu benda yang asing kerana telah diberikan sejak tahun 2021 lagi.

Salah satu sebab pihak berkuasa memberi bantuan dalam bentuk kredit adalah untuk menggalakkan penggunaan kredit dalam pembelian. Kaedah ini lebih senang dan terjamin daripada kaedah lain.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS INI

Tarikh bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan pengumuman bayaran bakal dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Ini adalah syarat kelayakan bagi e-Pemula 2023 yang dinyatakan:

  • Diberikan kepada golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Turut diberikan kepada setiap mahasiswa dan mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi PengajianTinggi Swasta (IPTS)
  • Golongan di atas akan terima bantuan RM 200

Manakala untuk kategori M40 pula adalah seperti berikut:

  • Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah pendapatan kurang daripada RM 100 ribu setahun
  • Golongan ini terima bantuan RM 200

CARA UNTUK MELAKUKAN PENEBUSAN

Cara penebusan bantuan adalah sama seperti tahun 2021 dan 2022 lepas, anda perlu memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah

  • ShopeePay
  • BigPay
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Sila sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan ewallet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI