BAP 2024 : Bantuan RM150 Mula Dikreditkan Januari Ini

BAP 2024 – Bantuan RM150 BAP yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar-pelajar akan diteruskan pada akhir tahun ini. Jumlah bantuan ini adalah sama dengan tahun lepas, iaitu RM150 bagi setiap pelajar.

Untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM150 BAP kepada kumpulan sasar tertentu. Jumlah peruntukan yang diperlukan untuk inisiatif ini ialah RM788,130,000, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Negara 2024 pada bulan Oktober tahun lalu.

Tujuan bantuan ini adalah untuk mengurangkan tekanan kewangan ibu bapa yang biasanya perlu mengeluarkan wang lebih banyak pada permulaan sesi persekolahan untuk membeli barang-barang keperluan anak-anak.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bantuan one-off RM150 Bantuan Anak Pelajar (BAP) akan diberikan kepada 5.25 juta pelajar di seluruh negara. Bantuan ini hanya boleh dinikmati sekali oleh setiap pelajar untuk tahun persekolahan 2024.

Baca Juga:

Tarikh bayaran RM150 BAP

Bantuan BAP RM150 akan diberikan kepada murid bermula bulan Januari 2024, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Murid akan menerima bantuan ini melalui sekolah, sama ada secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Peruntukan bayaran murid akan diterima oleh pihak sekolah dalam masa terdekat. Pihak sekolah akan memastikan pengagihan bayaran tersebut kepada murid dilakukan secara berperingkat sebaik sahaja peruntukan sampai ke tangan pihak sekolah.

Untuk memudahkan ibu-bapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak, bantuan ini biasanya akan diagihkan pada minggu pertama sesi persekolahan.

Syarat Kelayakan

Bantuan BAP RM150 akan diterima kepada murid yang mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Murid berwarganegara Malaysia
  • Murid dari tahun 1(sekolah rendah) sehingga tingkatan 5(sekolah menengah)
  • Murid sekolah rendah sehingga murid sekolah menengah atau yang setaraf bagi sesi persekolahan 2024
  • Murid yang bersekolah di
  • Sekolah Rendah Kebangsaan(SK)
  • Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan(SBK)
  • Sekolah Agama
  • Sekolah Swasta yang berdaftar dibawah Kementerian
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney

Jumlah Bayaran BAP 2024

Untuk membantu murid-murid menghadapi kesan pandemik Covid-19, kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM150 kepada setiap murid di seluruh negara. Jumlah ini adalah satu kali sahaja dan akan dibayar kepada kira-kira 5.2 juta murid yang layak.

Cara Bayaran Bantuan BAP

Murid yang layak akan menerima bantuan RM150 BAP secara one-off. Pihak sekolah akan mengambil wang bantuan dari Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah dan mengedarkannya kepada murid atau memasukkannya ke dalam akaun mereka.

Cara Permohonan Bantuan BAP 2024

Tiada permohonan atau borang yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan ini.

Untuk makluman, bantuan ini merupakan kesinambungan dari bantuan yang sama pada tahun 2023 dengan jumlah yang sama pada tahun 2024 ini iaitu RM 150.

BAP 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap