Bayaran Bantuan Khas RM1,000 Mula Dikreditkan Februari Ini

Bantuan Khas RM1000. Berbagai bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan sebagai usaha untuk membantu masyarakat mengurangkan beban yang mereka tanggung.

Bulan ini, pelbagai jenis bantuan akan dikreditkan kepada penerima. Antara bantuan tersebut ialah bantuan khas RM 1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari.

Bantuan Khas RM1000

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

JKM menawarkan bantuan bulanan kepada rakyat yang memerlukan. Terdapat 9 jenis bantuan yang berbeza, bergantung kepada kategori dan keperluan penerima. Jumlah bantuan setiap bulan adalah dari RM 150 hingga RM 1,000. Anda boleh merujuk kepada senarai bantuan khas bulan Februari JKM di bawah ini.

Bantuan Khas ini di bawah seliaan agensi kerajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Baca Juga:

BANTUAN WARGA EMAS

Diberikan kepada warga emas (60 tahun ke atas) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Bantuan bulanan telah dinaikkan kepada RM 500 seorang bagi yang layak.

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM1000

Untuk memastikan pemohon layak menerima bantuan, siasatan akan dijalankan bagi menilai setiap permohonan yang didaftarkan.

Pengendalian permohonan bantuan khas kewangan boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat/Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Salinan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan pemohon, ahli keluarga yang tinggal bersama dan penyata gaji adalah diperlukan untuk memudahkan pengurusan turut. Sila pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen tersebut sebelum memohon.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS RM1000

Sebelum kita pergi kepada bantuan seterusnya, tarikh bayaran bagi bantuan khas hingga RM 1,000 bermula pada 1 – 10 Februari 2023. Pembayaran automatik untuk penerima sedia ada.

BANTUAN ANAK PELIHARA

RM 250 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Maksimum RM 500 sebulan sekluarga yang memelihara 2 orang atau lebih kanak-kanak.

Bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

BANTUAN KANAK-KANAK

Bayaran RM 150 seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun. Manakala, RM 200 seorang untuk yang berumur 6 tahun dan ke bawah. Kadar bantuan maksimum bagi setiap keluarga adalah RM 1,000.

Untuk membantu keluarga/penjaga anak-anak untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan RM 100 hingga RM 300 sebulan bagi yang layak.

Diberikan kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Bulanan JKM yang lain :

– Bantuan Am Negeri
– Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
– Bantuan Latihan Perantis
– Bantuan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN KHAS RM1000

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan yang disediakan oleh pihak JKM, anda boleh klik DI SINI