Bayaran Bantuan Tunai RM150 Telah Mula Dikreditkan

Bantuan Awal Persekolahan. Untuk membantu golongan yang memerlukan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan di peringkat persekutuan dan negeri.

Antaranya ialah Bantuan Awal Persekolahan yang termasuk dalam Bajet Mini 2023 dan RUU Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Antara bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah pihak Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid sekolaha, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Menurutnya, bantuan kewangan ini penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Bantuan Awal Persekolahan

Tarikh Pembayaran BAP

Sebelum ini, hanya murid-murid yang ibu bapa mereka berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah sahaja layak menerima Bantuan Anak Pelajar (BAP). Namun, kali ini semua murid yang bersekolah akan diberikan BAP sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan ibu bapa mereka.

Pembayaran BAP akan dilaksanakan pada bulan hadapan iaitu 12 Januari 2023 dan ini menyaksikan kenaikan berbanding RM100 pada tahun sebelumnya.

Jumlah Bayaran BAP

Ini bermaksud sekiranya sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP RM450

Baca Juga:

Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan.

Yang mana bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 yang juga akan disalurkan bermula Januari 2023.

Bayaran Fasa 1 itu akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion dan membabitkan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

SUMBER : Berita Harian