Belanjawan 2023 : Kerajaan Beri RM500 Dalam Akaun Satu KWSP

Belanjawan 2023. Kuala Lumpur: Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Peruntukan Hampir 1 Billion Untuk Rakyat Malaysia Dalam Belanjawan 2023

Perdana Menteri berkata ia melibatkan peruntukan hampir RM1 billion, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang mana akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Beliau berkata, rakyat telah beberapa kali mengeluarkan simpanan mereka yang ditabung untuk hari tua bagi menampung keperluan hidup mereka sewaktu negara dilanda musibah pandemik Covid-19.

“Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan.

Untuk menyara kehidupan, kebanyakan rakyat bergantung kepada pendapatan diterima. Namun, simpanan hari tua mereka masih rendah.

Baca Juga:

Kerajaan Beriltizam Bantu Rakyat Dalam Belanjawan 2023

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” katanya pada pembentangan Belanjawan Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan 2023

Pihak Kerajaan mengharapkan rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi dapat terus memberikan sumbangan, kata Anwar.

Hal ini bertujuan agar semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

Beliau juga berkata bahawa golongan kategori bawah atau miskin akan terjejas dividen mereka jika kerajaan membenarkan golongan kaya mengeluarkan wang simpanan mereka.

Kerajaan Beri RM500 Dalam Simpanan Akaun Satu Penyimpan

“Saya tekankan begini, kita boleh mengeluarkan dalam keadaan terdesak.

Jika golongan kategori bawah yang miskin menerima RM500 daripada kerajaan, golongan kaya haruslah dilarang mengeluarkan wang mereka.

“(Jadi) dividen (KWSP) orang miskin yang ramai itu akan terjejas. Jadi kita kena buat pilihan.

Tarik wang KWSP dalam kalangan orang kaya bermakna dividen orang miskin yang kerajaan sudah tampung tambahan RM500 akan berkurangan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, berhubung simpanan syariah KWSP yang diperkenalkan sejak 2017, pada masa ini aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.

“Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah,” katanya.

SUMBER : Harian Metro