BLM 2023 : Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk B40

BLM 2023. Pada sidang belanjawan 2023 (Malaysia Madani), pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan lesen memandu percuma kelas B2 untuk rakyat Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan mobiliti dan peluang pekerjaan bagi golongan muda dan berpendapatan rendah. Untuk makluman, pembentangan belanjawan 2023 pada hari jumaat bersamaan 24 Februari. Dalam sidang tersebut pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk rakyat yang memerlukan akan dilaksanakan pada tahun ini.

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan lesen memandu, kerajaan telah mengumumkan satu program bantuan khas. Program ini akan menawarkan lesen memandu percuma kepada mereka yang layak mengikut syarat-syarat tertentu. Menerusi kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pihak kerajaan akan menampung kos bayaran bagi lesen memandu kelas B2.

Program bantuan lesen khas ini bertujuan untuk membantu rakyat, khususnya belia yang merupakan aset penting negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang melalui sektor pengangkutan awam. Program ini akan dilaksanakan pada tahun 2023.

BLM 2023

KATEGORI BANTUAN

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan lesen memandu B2, kerajaan telah melancarkan program bantuan lesen memandu. Program ini bertujuan untuk menampung kos bayaran lesen memandu bagi peserta-peserta program. Kategori kelayakan bantuan lesen seperti berikut :

  • Ujian memandu motorsikal B2
  • E-hailing
  • Teksi
  • Bas

Perkara ini telah diumumkan Perdana Menteri melalui memenuhi keperluan ekonomi rakyat dalam sidang belanjawan BAJET 2023.

Baca Juga:

CARA PERMOHONAN

Untuk makluman, secara rasmi perlaksanaan bantuan ini akan dilakukan pada tahun ini. Cara untuk memohon bantuan akan diumumkan dalam masa terdekat untuk rakyat Malaysia membuat permohonan.

Program khas lesen memandu ini amat diperlukan oleh rakyat yang ingin menjana pendapatan dengan membawa penumpang. Oleh itu, kerajaan diminta untuk melaksanakannya dengan segera. Ini dapat membantu mereka yang terjejas oleh keadaan ekonomi pada tahun ini.

SEMAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU (BLM 2023)

Sama ada anda layak atau tidak menerima semakan bantuan lesen keluarga malaysia 2022 boleh disemak melalui pautan ini di portal rasmi di e-Kasih.

Untuk mendapatkan bantuan ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh skim program ini. Anda juga perlu memastikan nama anda terdapat dalam sistem Portal Pembasmian Kemiskinan Ekasih. Jika nama anda sudah berada dalam sistem tersebut, anda akan diterima secara automatik untuk menerima bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak pernah mengambil lesen sebelum ini
  • Mental dan fizikal sihat
  • Tiada kecacatan ahli
  • Nama anda tidak pernah disenaraihitamkan oleh PDRM Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ

MAKLUMAT LANJUT BLM 2023

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia, anda boleh melayari laman Facebook Rasmi MOT – DI SINI.