BLP 2023 : Bantuan RM200 Setiap Seorang Untuk Rakyat Malaysia

BLP 2023. Pihak kerajaan komited untuk membantu golongan B40 dan mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Salah satu cara ialah dengan menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kumpulan sasar yang layak boleh mendapatkan bantuan JKM untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan baik. Selain daripada bantuan untuk warga emas, OKU, kanak-kanak dan miskin tegar, JKM juga menawarkan Bantuan Latihan Perantis (BLP) untuk meningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut Bantuan Latihan Perantis (BLP) dan cara memohon.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:

  • Untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur.
  • Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan atau;
  • Kes-kes seliaan akhlak atau;
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat atau;
  • Mana-mana yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

NOTA: Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

BLP 2023

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

KADAR BANTUAN

Kadar bayaran yang disediakan kepada individu yang layak adalah sebanyak:

  • RM200 Sebulan Seorang

CARA MEMOHON BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk membantu golongan B40 dan mereka yang menghadapi kesulitan hidup, kerajaan menawarkan bantuan kewangan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan ini bertujuan untuk membolehkan kumpulan sasar menjalani kehidupan yang lebih baik dan berdikari.

Sebelum menerima bantuan, pemohon perlu menjalani siasatan dan penilaian oleh JKM untuk mengesahkan kelayakan mereka. Ini adalah selaras dengan prinsip kerajaan yang memberikan bantuan berdasarkan keperluan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Klik di bawah ini untuk mendapatkan dan muat turun borang permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM 2023:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi www.jkm.gov.my