Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin RM450 Tahun 2022

Tahukah anda bahawa Bantuan Ibu Bersalin (BIB) masih lagi diteruskan oleh pihak kerajaan sehingga ke hari ini (tahun 2022) untuk mereka yang layak memohon.

Kepada anda yang layak memohon, anda boleh melakukan permohonan dengan mendapatkan borang permohonan Bantuan Ibu Bersalin ini dengan cara memuat turun secara online melalui laman sesawang Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Berikut adalah merupakan info lengkap berkenaan Bantuan Ibu Bersalin serta cara bagaimana untuk anda melakukan permohonan.

APA ITU BANTUAN IBU BERSALIN?

Melalui pembentangan Belanjawan Negeri Tahun 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019, YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula daripada 1 Januari 2021.

Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat permohonan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan sebarang permohonan:

  1. Merupakan seorang warganegara Malaysia
  2. Individu adalah merupakan ibu yang memegang kad pengenalan Sarawak yang berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).
  3. Melahirkan anak di dalam atau luar negeri Sarawak.
  4. Apabila kandungan telah mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga tempoh tiga bulan selepas bersalin, pendaftaran boleh dilakukan.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Semua permohonan yang dilakukan wajib dilengkapi dengan dokumen-dokumen seperti yang berikut:

  • Salinan kad pengenalan ibu.
  • Salinan kad pengenalan pasangan ataupun penjaga.
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’.
  • Salinan buku rekod kesihatan ibu.
  • Salinan buku akaun / penyata akaun.
  • Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi.

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan bagaimana cara untuk anda melakukan permohonan bagi Bantuan Ibu Bersalin ini:

  • Permohonan boleh dilakukan secara online memalui pautan berikut http://bit.do/permohonanbib atau;
  • Boleh dilakukan secara manual menggunakan borang permohonan yang ada disertakan di bawah artikel ini.

Borang permohonan boleh didapatkan melalui kaedah seperti yang berikut:

  • Sila muat turun borang permohonan di pautan berikut http://bit.do/borangbib
  • Atau boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak KWKPK (Kuching sahaja).

CARA PENGHANTARAN BORANG

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan penghantaran borang permohonan anda:

  • Permohonan boleh diserahkan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak KWKPK (Kuching sahaja).

Untuk melakukan semakan status Bantuan Ibu Bersalin (BIB), anda boleh menghubungi pihak KWKPK melalui cara berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Untuk memuat turun borang permohonan bagi Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh klik DI SINI