Cara semak status SARA 2024 untuk para penerima STR 2024. Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA akan mula dikreditkan bermula pada Januari 2024 mengikut kategori masing-masing.
KerajaanKini kongsikan langkah mudah semak status SARA 2024.
Cara Semak Status SARA 2024
Cara semak status SARA 2024:
- Layari https://mykasih.com.my/
- Tekan Semakan Status
- Masukkan no kad pengenalan
- Kemudian tekan sekali lagi semakan status
- Maklumat anda kemudian dipaparkan
Tarikh Bayaran SARA 2024
Bayaran SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) untuk penerima yang berada di Semenanjung Malaysia
Manakala untuk negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan bermula pada 19 Februari 2024 (Isnin).
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) 2024
- MyKasih 2024 : Semakan Status Bayaran SARA Fasa 1
Jumlah Bayaran SARA 2024
Bagi kategori isi rumah, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu sebanyak RM100 sebulan.
Manakala bagi kategori warga emas (tiada pasangan) dan bujang pula akan menerima bantuan sebanyak RM50 sebulan.
Syarat Kelayakan SARA 2024
Untuk layak mendapat bantuan SARA, anda perlu berada dalam kategori miskin atau miskin tegar mengikut data e-Kasih yang digunakan sebagai rujukan oleh kementerian dan agensi Kerajaan.
Cara Semak Status SARA 2024
Berikut kami kongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan bantuan SARA 2024.
Bagi para penerima yang layak, anda boleh melakukan semakan secara terus melalui laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Semakan Melalui Portal MySTR
Untuk membuat semakan, sila layari portal MySTR dengan mengklik pautan ini:
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Kemudian Klik SEMAKAN PERMOHONAN
- Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;
Cara Semakan Melalui Portal MyKasih 2024
Anda boleh membuat semakan secara online melalui portal MyKasih dengan langkah-langkah berikut:
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Maklumat Lanjut Cara Semak Status SARA 2024
Untuk maklumat lanjut mengenai STR, pemohon boleh melawat Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan membaca Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan.