Caruman Tambahan KWSP RM500 Di Akaun 1 – Semak Sekarang!

Caruman Tambahan RM500 Di Akaun 1 KWSP – Semak Sekarang!

Caruman Tambahan KWSP RM500 – Insentif Caruman Tambahan Kerajaan sebanyak RM708 juta telah dimasukkan ke dalam akaun KWSP 1.4 juta ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun.

Insentif ini hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai baki simpanan RM10,000 atau kurang dalam Akaun 1 mereka pada 24 Februari 2023.

Ahli KWSP yang simpanan rendah dan hampir bersara boleh dapat insentif caruman RM500 sekali sahaja. Insentif ini diumumkan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023.

Tujuannya ialah untuk membantu ahli KWSP meningkatkan simpanan persaraan mereka dengan lebih cepat.

Matlamat KWSP adalah untuk meningkatkan tahap simpanan yang mencukupi dan memberi sumbangan penting kepada objektif yang lebih besar iaitu membina kelestarian kewangan masa depan.

Caruman Tambahan KWSP RM500

Baca Juga:

Bagi membantu ahli KWSP yang simpanan akaun satu mereka kurang daripada RM10,000, Kerajaan telah mengambil inisiatif

untuk menambah caruman sebanyak RM500 bagi setiap ahli dalam Bajet 2023 yang dibentangkan baru-baru ini.

Langkah ini diharap dapat meningkatkan kesejahteraan ahli KWSP yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Hampir dua juta ahli yang berada dalam lingkungan umur 40 hingga 54 tahun akan menerima peruntukan berjumlah hampir RM1 billion.

Caruman Tambahan KWSP RM500

Ini adalah menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan bahawa ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu golongan ini.

Beliau berkata, rakyat telah berkorban banyak kali dengan menggunakan wang simpanan mereka untuk menangani keperluan asas mereka semasa negara menghadapi krisis pandemik Covid-19.

“Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk membantu rakyat mengembalikan simpanan persaraan mereka supaya cukup untuk menampung keperluan hidup selepas bersara. Ini merupakan salah satu komponen Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang dibentang di Dewan Rakyat pada hari ini.

Cara Semakan Caruman Tambahan KWSP RM500 & Penyata di i-Akaun

Untuk membuat semakan pengkreditan wang caruman tambahan RM500 ini, anda boleh login ke i-Akaun.

Sila rujuk langkah di bawah:

  • Log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
  • Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
  • Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
  • Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.

Caruman Tambahan KWSP RM500

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang insentif Caruman Tambahan Kerajaan ini, ahli boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi

KWSP di https://www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

SUMBER: KWSP