Diskaun Saman PDRM 50% Untuk Semua Rakyat Malaysia

Diskaun Saman – Bagi meraikan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, PDRM telah mengeluarkan notis rasmi yang mengumumkan pengurangan 50% bagi saman tertentu.

Berikut adalah merupakan maklumat lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!

Diskaun Saman Polis Sempena Program Ramah Mesra PDRM

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan menawarkan pelbagai kemudahan kepada rakyat, termasuk kaunter pengurangan kompaun PDRM dan JPJ. Kaunter-kaunter ini akan beroperasi selama tiga hari, bermula pada Jumaat ini.

Bagi saman-saman yang layak, PDRM menawarkan diskaun 50% selama tiga hari. Kaunter khas akan beroperasi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 8 hingga 10 Disember 2023.

Program itu akan turut diisi pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Untuk kemudahan anda, kami menyediakan beberapa kaunter di sini. Anda boleh mendaftar untuk STR, Program Cuti-cuti Cikgu atau mengambil wang yang belum dituntut di JANM.

Diskaun Saman

Baca Juga:

Tempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman

Anda boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk saman trafik anda dengan membuat pembayaran di kaunter khas yang disediakan di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Kaunter ini hanya dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.

Bagi tahun 2023, tawaran pengurangan kompaun saman ini hanya terpakai kepada kesalahan lalu lintas yang tidak melibatkan kemalangan, kes mahkamah yang belum selesai atau berstatus waran tangkap dan kesalahan yang boleh dikompaun. Kesalahan lain TIDAK TERMASUK dalam tawaran ini.

Pembayaran kompuan hanya boleh dibuat pada ketetapan berikut:

TEMPAT

  • Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman Trafik di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur

MASA

  • Jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (8 Disember 2023 – Jumaat)
  • Jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang ( 9 dan 10 Disember 2023 – Sabtu & Ahad)

Diskaun Saman

Semakan Saman Online

Untuk mengurangkan kesesakan, anda boleh menyemak status saman anda melalui Portal MyBayar Saman sebelum membuat bayaran.

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:

  • i) Portal MyBayar Saman PDRM – klik DI SINI
  • ii) Google playstore – klik DI SINI
  • iii) Apple store – klik DI SINI
  • iv) Huawei Appstore – klik DI SINI