DIVIDEN ASB 2023 : Tarikh Agihan Pendapatan & Bonus

Dividen ASB : Berikut adalah beberapa tarikh penting yang perlu anda ketahui berkenaan dengan urusan ASNB yang akan dilaksanakan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad dalam masa terdekat.

ASNB telah membuat pengumuman rasmi di facebook bahawa minggu depan, iaitu dari 22 hingga 25 Disember 2023, urus niaga unit amanah ASB tidak akan beroperasi. Ini adalah kerana mereka perlu melakukan penyelenggaraan sistem.

Berita baik untuk pelabur ASB. Mulai 26 Disember 2023, pihak ASNB telah membenarkan transaksi tambahan tunai dalam ASB. Ini adalah satu peluang menarik bagi mereka yang berminat untuk melabur dalam ASB.

Untuk makluman anda, pelaburan yang anda lakukan akan dimasukkan ke dalam jumlah minimum bulanan anda pada bulan Januari 2024. Ini bermakna anda akan layak menerima pendapatan penuh yang dihitung dari Januari 2024. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pelabur atas pencapaian ini.

Untuk makluman semua, segala urus niaga ASB akan dibuka semula pada 1 Januari 2024.

Dividen ASB

Baca Juga:

Tarikh Pengagihan Dividen

Kami ingin memaklumkan bahawa tarikh pengagihan dividen ASNB 2023 oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) masih belum diumumkan. Ini adalah perkembangan terbaru yang kami dapatkan.

Berlandaskan trend sebelum-sebelum ini, tarikh pengumuman dividen ASNB biasanya jatuh pada 22 Disember. Tahun ini pun tidak terkecuali, dividen ASNB 2022 telah diumumkan pada 22 Disember 2022 juga.

Orang ramai mungkin dapat menjangka bahawa tarikh pengumuman untuk tahun ini juga mempunyai kebarangkalian yang sama.

Tarikh Pengagihan Dividen Dikreditkan Ke Dalam Akaun ASB

Semakan pengkreditan dividen ASB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urus niaga ASNB seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini iaitu :

  • Segala urus niaga ASNB akan bermula pada 1 Januari 2024 secara online di Portal rasmi MyASNB
  • 2 Januari untuk urus niaga di kaunter pejabat ASNB.

Jumlah Agihan Dividen ASB Tahun 2022

Pada tahun lalu, berikut adalah merupakan kadar dividen ASNB adalah :

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%

Dividen ASB

Cara Semakan Dividen ASB Online

Bagi semua tabung unit amanah ASNB, penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim akan dihantar secara elektronik kepada semua pemegang unit bermula April 2018.

Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut – klik DI SINI