E-Wallet RM300 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Terkini

E-Wallet RM300 2024 adalah merupakan sebuah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Bantuan ini dilaksanakan bagi tujuan meringankan beban kewangan hidup rakyat Malaysia.

Untuk makluman, bantuan E-Wallet RM300 2024 ini adalah merupakan bantuan untuk membantu golongan keluarga bagi membeli barangan keperluan asas.

Berikut laman KerajaanKini kongsikan cara mudah untuk melakukan permohonan bantuan E-Wallet RM300 ini.

E-Wallet RM300 2024

Berikut adalah merupakan beberapa kelebihan bantuan E-Wallet RM300 untuk rakyat:

  • Bantuan E-Wallet boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya yang berdaftar.
  • Seterusnya, segala urusniaga akan dilaksanakan tanpa tunai (cash)
  • Had bulanan bagi pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300
  • Baki nilai bantuan bagi bulan terdahulu tidak dapat di bawa ke bulan hadapan.
  • Selain itu, bantuan E-Wallet (BINGKAS) ini bakal ditambah nilai sehingga RM300 setiap bulan secara automatik.

E-Wallet RM300 2024

Baca Juga:

Syarat Kelayakan E-Wallet RM300 2024

Syarat Kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah lahir di negeri Selangor ataupun menetap di negeri Selangor melebihi dari tempoh 10 tahun.
  • Merupakan seorang pemilih yang berdaftar di negeri Selangor
  • Pemohon Mestilah keluarga yang mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah.
  • Jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

Kini anda boleh melakukan pendaftaran BINGKAS secara online sahaja melalui https://bingkasselangor.com/log-masuk

E-Wallet RM300 2024

Dokumen Sokongan Permohonan

Untuk memohon, sila lengkapkan dokumen-dokumen sokongan yang disenaraikan di bawah ini:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid ataupun Surat Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Kad OKU/Pengesahan Melanjutkan Pelajaran daripada IPTA atau IPTS (Anak/Tanggungan)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (Bagi para pekerja swasta)
  • Salinan Sijil Kematian/Penceraian/Laporan Polis (Bagi Ibu/Bapa Tunggal)
  • Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini (Untuk para penjawat awam/golongan pesara)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/Ahli Majlis/Penghulu/Ketua Kampung (bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja)

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh layari https://bingkasselangor.com/manfaat

Ikuti Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan :